1302 Makanan Ayam Kasar / Dedak Ayam Pembesaran / Broiler Starter Pellets (25KG)

1302 Makanan Ayam Kasar / Dedak Ayam Pembesaran / Broiler Starter Pellets (25KG)

Kategori: Makanan Ayam & Itik Tersedia
Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi situs resmi kami di spberkatagro.com

Specifications
  • Crude Protein (Max): 18%
  • Crude Fat (Max): 3.0%
  • Crude Fibre (Min): 5.0%
  • Crude Ash (Max): 9.0%
  • Crude Moisture (Max): 13%
  • Crude Calcium (Min): 0.8%
  • Crude Phosphorus (Min): 0.4%
Deskripsi

Makanan Ayam Kasar SP Berkat 1302

Makanan Ayam Kasar SP Berkat 1302 adalah merupakan dedak ayam yang dihasilkan daripada pelbagai sumber yang berkualiti tinggi dan kaya dengan khasiat untuk ternakan ayam anda.

Antaranya ialah, jagung, kacang soya, gandum, protein haiwan, minyak sayuran, molase, dikalsium fosfat, amino asid, vitamin, serta bahan-bahan kering organik dan lain-lain.   

Selain itu terdapat juga bahan tambahan lain untuk membantu meningkatkan jangka hayat dedak ayam ini agar tahan lebih lama.

Dedak ayam 1302 ini dihasilkan dalam dua bentuk iaitu kasar dan halus agar dapat menepati keperluan ternakan ayam anda. Dedak ayam yang kasar adalah untuk ayam dewasa manakala dedak yang halus khusus untuk anak ayam.

Mengandungi maximum
18% protein, dedak ini amat sesuai untuk membantu ayam dewasa tumbuh dengan sihat.




Kandungan Makanan Ayam SP Berkat 1302 & Khasiatnya:
Protein: merupakan sumber penting untuk pertumbuhan sel-sel ayam dan merupakan bahan yang diperlukan untuk pembentukan protein telur.

Mikronutrien seperti vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, dan lain-lain): membantu melawan serangan penyakit, menyokong pembentukan struktur kerangka ayam, dan lain-lain.

Lemak & Fiber : Menyokong pertumbuhan ayam agar membesar dan menggemuk dengan baik.



Kenapa Anda Perlu Dapatkan Makanan Ayam SP Berkat 1302:

  1. Kaya dengan pelbagai khasi at baik & nutrisi seimbang untuk tumbesaran dan ketahanan ayam.
  2. Menyebabkan rasa daging ayam lebih enak.
  3. Mengandungi 18% protein yang sesuai untuk ayam dewasa.
  4. Harga yang murah dengan kualiti dedak terbaik di pasaran.



Cadangan Pemakanan:
Sesuai diberi kepada ayam yang berumur dalam 5-12 minggu. Untuk kesan yang lebih baik, dedak ayam 1302 ini juga boleh bercampur dengan bahan mentah lain seperti jagung, gandum, beras, padi dan lain-lain.
Keperluan dan saiz hidangan akan berbeza bergantung pada diet semasa.




Penyimpanan:
Simpan di kawasan yang kering dan pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelak dari serangan haiwan perosak. 


 

Lihat detail lebih lanjut tentang SP BERKAT AGRO SDN BHD
SP BERKAT AGRO SDN BHD
SP BERKAT AGRO SDN BHD Pemborong Makanan Ternakan Malaysia, Penjual Makanan Lembu Dan Kambing Kedah, Pembekal Makanan Ayam Dan Itik Penang ~ SP BERKAT AGRO SDN BHD