ialah sejenis racun serangga pengawal-atur pertumbuhan serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “benzoylurea”. Ia bertindak secara keracunan perut dan sedikit aktiviti sentuhan yang memberi kawalan “ovicidal” menghalang penetasan telur serta menghalang sintisis kitin dan mengganggu pembentukan kutikel di peringkat larva.
破坏害虫在幼虫时期外壳形成,影响其c]化功能,有效控制蛀果虫和蛀芽螟.
Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Catatan | PHI | |
---|---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | |||||
Padi | Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) |
4 ml | 200 ml | 500 liter (Penyembur galas dan bermotor) | Mula menyembur Match 050EC pada peringkat pembentukan bulir sebanyak 2 kali. Semburan pertama pada 35 - 40 hari selepas menanam dan ulangi semburan selang 14 hari (49 - 54 hari selepas menanam). |
50 hari |
Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) Ulat Pengorek Batang (Scirpophaga incertulas) |
14.29 ml | 200 ml | 140 liter (Penyembur kabus) | |||
66.67 ml | 200 ml | 30 liter (Dron) | ||||
Jagung | Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa armigera) Ulat Pengorek Tongkol (Ostrinia furnacalis) |
8 ml | 400 ml | 500 liter | Gunakan isi padu semburan 500 liter sehektar pada umur kurang dari 35 hari selepas menanam. | 14 hari |
800 ml | 1000 liter | Gunakan isi padu semburan 1000 liter sehektar pada peringkat pembungaan. | ||||
Tembakau | Ulat Kuntum (Helicoverpa assulta) |
11 ml | 660 ml | 600 liter | Gunakan isi padu semburan 600 liter sehektar pada umur kurang dari 30 hari selepas menanam. | - |
880 ml | 800 liter | Gunakan isi padu semburan 800 liter sehektar pada 30 hari selepas tanam sehingga mengutip hasil. | - | |||
Belimbing, Betik dan | Ulat Kuntum (Helicoverpa assulta) |
10 ml | 1 liter | 1000 liter | - | 3 hari |
Jambu Air | 1 hari | |||||
Cili, Terung dan Kacang Panjang | Ulat Kuntum (Helicoverpa armigera) Ulat Pengorek Buah (Leucinodes orbonalis) Ulat Pengorek Buah (Maruca vitrata) |
5 ml | 500 ml | 1000 liter | - | 7 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas dan bermotor. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Jika perlu, ulangi semburan selang 7 hari untuk semua tanaman dan selang 14 hari untuk padi. Bilangan semburan maksimum semusim ialah 2 kali pada tanaman padi, belimbing, betik dan jagung ; 3 kali pada jambu air ; 5 kali pada cili, terung dan kacang panjang. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Panduan Menyembur Ketika Menggunakan Dron
Ketinggian dron ketika menyembur racun serangga adalah 2.0 meter dari kanopi padi. Lebar semburan dron adalah 3 meter. Kelajuan dron dan kadar aliran semburan liter per minit disyorkan mengikut ketetapan mod automatik dron.