Perjanjian Persefahaman Memperkukuh Hubungan Pelaburan Malaysia-Aceh
Sungai Penchala – Hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Aceh terus diperkukuh dengan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Selecta Station (M) Sdn Bhd., yang mewakili Dewan Perniagaan Malaysia-Aceh, dengan beberapa Syarikat Malaysia dan Indonesia.
Majlis menandatangani MoU tersebut berlangsung dalam satu majlis berbuka puasa bersempena dengan bulan Ramadan yang diadakan semalam, bertujuan memperkukuhkan hubungan perniagaan serta membuka lebih banyak peluang pelaburan di Aceh.
Gabenor Aceh, YB Muzakir Manaf, menyambut baik inisiatif ini dan mengalualukan kehadiran serta penyertaan lebih ramai usahawan Malaysia dalam pelbagai sektor ekonomi di wilayah itu.
Para usahawan Malaysia digalakkan untuk mengambil peluang meneroka potensi pelaburan di Zon Ekonomi Khas (SEZ) Arun Lhokseumawe serta Sabang yang menawarkan kemudahan bebas cukuai, sekali gus membuka laluan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat di Rantau ini.
Sebanyak 13 syarikat Malaysia dan Indonesia terlibat dalam Kerjasama ini yang merangkumu pelbagai industri strategik. Antaranya termasuklah Gull Development Sdn. Bhd. Yang terlibat dalam Pembangunan hartanah, Innovative Chocalate Sdn. Bhd. Dalam pembuatan dan pemprosesan coklat, PT Prima Bara Mahadana yang terlibat dalam industry perlombongan dan tenaga serta PT Malindo International Indonesia.
Turut serta dalam pemeteraian perjanjian tersebut ialah Kualiti Alam Hijau (M) Sdn. Bhd. Yang beroperasi dalam pengurusan alam sekitar dan tenaga boleh baharu, Axia Saujana Sdn. Bhd. Dalam bidang peruncitan, manakala Right Space Logistic Sdn. Bhd. pula dalam sektor logistic dan pengangkutan.
Selain itu, Impressive Communication Sdn. Bhd. terlibat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Bumitex Manufacturing Sdn. Bhd. dalam pembuatan terstil, Agromafield Sdn. Bhd. dalam sektor import dan eskport barangan runcit, Techside Asia Technology Sdn. Bhd. dalam bidang pembaikan computer dan kelengkapan perisian, Agri Dagang Sdn. Bhd. dalam perdagangan dan eksport hasil pertanian serta AMBIZ Sdn. Bhd.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Selecta Station (M) Sdn. Bhd. merangkap Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-Aceh, YBhg. Datuk Dr. Yazid Othman serta Naib Presiden, Dato’ Hassan Saad. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Presiden Dewan Perniagaan, Pelaburan dan Perindustrian Malaysia-Wuxi, China, YBrs.Dr. Mazlan Goh Ahmad Goh; YBrs. Puan Putroe Fajriah ST dan YBrs. Puan Syukriyena dari Pejabat Gabenor Aceh serta Pengarah PT Prima Bara Mahadana, YBrs. Encik Bambang Suhadji.
Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle Subregional Centre (IMT-GT), YBrs. Encik Muhammad Hafiz Hannibal` yang turut menyokong usaha memperkukuhkan Kerjasama serantau ini.
Kredit Foto: Arina Musthafa
Artiket ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP, Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan Tindakan undang-undang
Source From Dewan Ekomoni