LUBREX UPSKILL DAY 2024 (NEGERI SEMBILAN & JOHOR)
LUBREX UPSKILL DAY 2024  (NEGERI SEMBILAN & JOHOR)

 2

LUBREX UPSKILL DAY 2024 (NEGERI SEMBILAN & JOHOR)

Program Lubrex Upskill Day telah berlangsung pada 5hb Ogos 2024 di Negeri Sembilan, manakala 7hb Ogos 2024 hingga 8hb Ogos 2024 di Johor.
 
Program Lubrex Upskill Day merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Lubrex Malaysia bagi inisiatif kepada pengusaha bengkel terutamanya pengedar Minyak Lubrex yang ingin melakukan perubahan di samping menambah ilmu berkenaan pengurusan bengkel. Program ini adalah merupakan salah satu proses untuk penambahbaikan perniagaan agar terus berkembang untuk jangka masa yang panjang. Setakat ini, program tersebut telah diadakan di beberapa buah negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor dan juga Negeri Sembilan
 
Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pemilik bengkel dan juga kerani bengkel yang mana akan didedahkan dengan pengurusan bengkel yang lebih sistematik dan berkesan. Modul-modul yang disampaikan oleh Encik Zahir, Encik Hisyam dan Encik Hakim adalah merangkumi pemfailan kreatif, asas pengurusan manusia dan juga asas perakaunan serta penggunaan sistem perakaunan.
 
Semoga pendedahan yang dikongsikan dalam program ini dapat memberi bermanfaat dan diterapkan di setiap bengkel secara berterusan dalam jangka masa panjang.