Colostomy, Ileostomy, Urostomy, Fistulae
Penerangan produk Superfiller :
Superfiller ialah pes penghalang kulit yang mudah dan berkesan, untuk digunakan bagi kolostomi, ileostomi, fi stulas dan urostomi. Ia juga boleh digunakan untuk mengisi ruang yang disebabkan oleh lipatan kulit, luka atau ketidakteraturan lain pada kulit.
PENCEGAHAN:
Untuk kegunaan luar sahaja. Jangan guna pada luka atau luka terbuka.
Mengandungi alkohol. Boleh menyengat apabila digunakan. Sekiranya berlaku kerengsaan pada kulit, rujuk doktor anda atau pakar kesihatan berdekatan.
Kaedah penggunaan:
Pes superfiller boleh disapu dengan menggunalkan jari yang dilembapkan di sekeliling stoma, mengisi ruang yang disebabkan oleh lipatan kulit, luka atau ketidakteraturan lain pada kulit.
Selepas memotong base plat mengikut diameter stoma, letakkan base plat terus pada pes yang telah diletakkan pada kulit. Tekan wafer ke bawah pada kulit di sekeliling stoma sehingga pes diratakan dibawah wafer.
Kaedah penyingkiran:
Pes mudah tertanggal dalam tempoh 48 jam selepas digunakan. Jika ingin menyingkirkan pes sebelum 48 jam, gunakan air suam untuk mengeluarkannya.
Ia tidak semestinya perlu mengeluarkan ke semua pes dari kulit sebelum penggunaan selanjutnya.
Pes sisa boleh dibiarkan untuk mengelakkan berlaku kerengsaan pada kulit dan pes baru digunakan pada bahagian yang diperlukan. Selepas digunakan, tutup tiub dengan betul.