Jeli Ratu yang dihasilkan dalam kelenjar tekak dan kelenjar lelangit lebah pekerja merupakan sejenis bahan berwarna putih atau kuning muda yang berasa manis, pedas, masam dan rasa sedap yang istimewa. Jeli Ratu merupakan sejenis cecair dan selain daripada mengandungi nutrien utama seperti protin, gula dan lemak, ia juga kaya dengan vitamin, terutama sekali Vitamin B2, mineral dan lebih daripada 42 jenis asid amino manakala kandungan airnya lebih kurang 60%-70%. Protin yang diperolehi selepas ianya dikeringkan merupakan sejenis protin yang berkualiti tinggi. Jeli Ratu mengandungi Vitamin B Kompleks adalah 40 kali ganda kandungan bahan yang sama dalam madu dan ia disimpan dalam bentuk aktif didalam Jeli Ratu. Asetakolin yang terkandung didalam Jeli Ratu melebihi 1mg dalam setiap satu gram Jeli Ratu. Asetakolin merupakan bahan penting untuk mengawal sistem saraf otonomik didalam tubuh badan manusia. Asid alkali diperolehi daripada Jeli Ratu merupakan bahan yang dapat menindas tumbesaran sel-sel kanser didalam tubuh badan manusia. Jeli Ratu juga mengandungi berbagai jenis hormon yang menyelaras sistem saraf pusat didalam otak, merembeskan hormon-hormon seks, memulihkan fungsi ovari, melambatkan penuaan sistem biologi, meningkatkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel dan memulihkan kemudaan.
Lebih maklumat tentang Conforer Global Sdn Bhd