COUNTERPAIN PATCH HOT 4 patches

COUNTERPAIN PATCH HOT 4 patches

Kategori: PATCHES Tersedia
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi kami di nanghin.com

Penerangan

Kegunaan:Untuk melegakan sengal-sengal dan kesakitan yang berkaitan dengan sakit pinggang,lebam,terseliuh,bahu tegang,arthralgia,sakit otot,otot letih,bengkak disebabkan kesejukan,sakit tulang patah.
Arahan Penggunaan:
-Pastikan tempat yang terjejas adalah bersih dan kering.Tanggalkan filem yang lebih kecil dan lekatkan koyok yang terdedah pada tempat yang terjejas.
-Lekatkan bahagian koyok yang selebihnya dengan menanggalkan filem.Boleh digunakan sehingga 4 ke 6 jam.
-Produk ini boleh digunakan beberapa kali sehari (maks.4 kali/hari).
-Jangan gunakan pada kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun.
-Sebelum guna lekatkan sebahagian kecil koyok pada kulit bawah lengan untuk pastikan agar tiada tanda-tanda seperti letusan,kemerahan,kegatalan dan ruam berlaku.
-Tanggalkan ubat ini 1 jam sebelum mandi.Mandi sejurus selepas menanggalkan ubat ini mungkin menyebabkan kegatalan yang melampau.
-Jangan gunakan ubat ini jika tempat yang terjejas telah dipanaskan dengan alat pemanas seperti pemanas kaki atau selimut elektrik.
-Jika kulit anda sensitif,elakkan penggunaan di tempat yang sama berulang-kali.
-Rujuk doktor atau ahli farmasi jika kesakitan tidak berkurangan selepas 5 hingga 6 hari penggunaan.
Kontraindikasi:Jangan guna ubat ini jika anda alah terhadap produk untuk kegunaan luaran atau mana-mana bahan aktif yang terkandung di dalam ubat ini.
Amaran:Untuk kegunaan luaran sahaja.Jangan gunakan di sekeliling mata,selaput berlendir,ekzema,ruam dan luka.Wanita hamil,ibu-ibu yang menyusu dan sesiapa yang mempunyai reaksi alahan,sila rujuk doktor atau ahli farmasi sebelum guna.
Kesan simpangan:Hentikan penggunaan jika ruam,kegatalan,kemerahan atau letusan berlaku.

Lebih maklumat tentang NANG HIN MEDICAL SDN BHD
NANG HIN MEDICAL SDN BHD
NANG HIN MEDICAL SDN BHD Chinese Medical Product Selangor, Traditional Chinese Medicine Wholesaler Puchong, Over The Counter Medicine Supplier KL, Malaysia ~ NANG HIN MEDICAL SDN BHD