GROUT POLIURETANA HIDROFOBIK BERKELIKATAN RENDAH KOMPONEN TUNGGAL
Penerangan
Sika® Injection-125 MY ialah grout suntikan poliuretana hidroaktif hidrofobik komponen tunggal berasaskan MDI (metilena-difenil isosianat). Sika® Injection-125 MY mempunyai masa tindak balas yang sangat pantas. Apabila ia bertindak balas dengan air, bahan ini akan mula berbuih dan mengembang dengan cepat. Semasa tindak balas berlaku, ia akan mengembang dan menghentikan kebocoran air dalam masa yang singkat. Nisbah pengembangan adalah bergantung kepada jumlah air yang ditambah ke dalam campuran resin serta tahap kelembapan persekitaran. Ia bertindak balas untuk membentuk bahan yang sangat padat dan fleksibel, atau berbentuk buih yang fleksibel.
Kegunaan
Untuk mengisi dan menutup kecacatan dalam konkrit seperti sarang lebah (honeycomb), rongga, dan sebagainya
Ciri-ciri & Kelebihan
Kadar pengembangan tinggi untuk memastikan kedap yang berkesan
Masa tindak balas yang cepat – bertindak balas dengan air dan mula berbuih dalam 2–3 minit
Tidak mengecut selepas mengeras
Tidak toksik selepas mengeras
Tahan terhadap serangan biologi serta bahan kimia ringan seperti asid dan alkali
Warna
Coklat gelap
Pembungkusan
20 kg / tong