Penerangan
Astino High Rib 30 PU Metal ialah panel bumbung berpenebat yang kukuh, menggabungkan logam berprofil High Rib, buih Poliuretana (PU) Tegas Bebas CFC dan logam berprofil rata.
Astino High Rib 30 PU Metal adalah tahan api dan mematuhi keperluan pihak bomba.
Astino High Rib 30 PU Metal menghapuskan keperluan proses pembinaan yang berlapis-lapis seperti pemasangan penebat dan kepingan bumbung secara berasingan. Ini membantu mengurangkan perbelanjaan pembinaan secara menyeluruh dari segi kos pemasangan, pengangkutan, penyimpanan dan pembelian.
Astino High Rib 30 PU Metal digunakan secara meluas untuk kilang makanan & minuman, gudang, bengkel, dewan serbaguna, ladang ternakan ayam, pusat penjaja, sekolah, rumah kediaman, bilik pameran dan pelbagai jenis bangunan lain.