Penerangan
Kit Ujian Pantas Antigen SARS-CoV-2 bertujuan untuk pengesanan kualitatif antigen protein nukleokapsid daripada SARS-CoV-2 dalam spesimen sapuan rongga hidung (nasal anterior) daripada individu yang disyaki jangkitan COVID-19. Kit ujian bertujuan untuk ujian kendiri atau ujian rumah. Pengguna yang dimaksudkan hendaklah berumur 2 tahun ke atas.
Kit ujian ini ditujukan untuk kegunaan ujian sendiri / sesuai untuk bukan profesional menjalankan ujian sendiri.
Identifier produk:
XJY-01950108, XJY-01950109, XJY-01950110.
Borang Rekod Pelanggan:
Maklumat pelanggan yang diberikan adalah hanya untuk tujuan rekod dan penjejakkan, sebagaimana arahan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Semua dasar di bawah Akta Privasi Data Peribadi akan dikuatkuasakan untuk melindungi data peribadi anda.
Kemaskini Keputusan Ujian Di Aplikasi MySejahtera
- Buka aplikasi MySejahtera dan pilih Lapor Kendiri COVID-19
- Pilih Kemaskini Keputusan Positif COVID-19
- Pilih Kemaskini untuk nama
- Tekan MULA
- Jawab semua soalan dengan tepat
- Muat naik keputusan di soalan 4
- Setelah selesai mengisi semua jawapan, tekan HANTAR
- Tekan OK jika pasti
- Tekan MUAT SEMULA untuk lihat Home Surveillance Order (HSO) yang akan diberikan dalam tempoh 12 jam jika anda melaporkan keputusan positif
- Patuhi arahan kuarantin mengikut HSO
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://mysejahtera.moh.gov.my
Lebih maklumat tentang J&E Advance Tech Sdn. Bhd.