Baja semburan daun yang menggalakkan pertumbuhan dan hasil
Saiz: 2.5kg
Daripada: Itali
Jumlah Nitrogen (N) 20% yang mana: Nitrat-N 5.5%, Ammonia-N 8%, Urea-N 6.5%, Fosforus (P2O5) 20% , Kalium (K2O) 20%, Boron 0.05%, EDTA Kuprum 0.01%, DTPA Besi 0.20%, EDTA Mangan 0.10%, EDTA Zink 0.01%, Molibdenum 0.005%
FLORAL 20-20-20 diperlukan oleh semua jenis tanaman. Ia adalah sejenis baja semburan daun yang mempunyai kandungan nutrien-nutrien utama yang seimbang dan juga unsur-unsur surih.
FLORAL 20-20-20 diformulasikan oleh bahan-bahan berkualiti yang ketulenan tinggi supaya mempunyai ciri-ciri kemasinan rendah dan kelarutan air tinggi. Unsur-unsur surih terkelat dalam FLORAL 20-20-20 membantu mengelakkan masalah penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan nutrien atau kekurangan unsur-unsur surih.
FLORAL 20-20-20 sesuai digunakan pada semua jenis tanaman pada peringkat pertumbuhan vegetatif. Nisbah NPK yang seimbang amat sesuai digunakan pada peringkat selepas pembungaan dimana buah-buahan dan sayur-sayuran perlu mencapai saiz yang betul dan pemasakan yang sempurna.