‘Corrective treatment’ adalah antara cara pencegahan untuk mengawal serangan anai-anai yang paling berkesan. Rawatan ini dijalankan bagi mencegah dan mengawal pembiakan anai-anai dari bawah tanah supaya tidak menyerang dalam premis terutamanya di perabot-perabot, lantai, kabinet dan apa sahaja yang diperbuat daripada kayu.
Rawatan ‘corrective treatment’ ini adalah rawatan pencegahan yang memerlukan penggerudian lubang di lantai konkrit. Racun anti anai-anai akan dimasukkan ke dalam setiap lubang yang telah digerudi untuk membentuk penghalang satu lapisan kimia di bawah permukaan lantai ses2ebuah premis.