Belalai gajah, sabah snake grass, ezuihua (Chinese)
Keterangan
Clinacanthus nutans boleh membesar sehingga 1–3 m tinggi dengan cabang berbulu halus. Batang berbentuk silinder, berjalur dan sedikit licin. Susunan daun setentang, bentuk daun eliptik bujur meruncing atau lanseolat, berukuran 2.5–13 cm panjang dan 0.5–4 cm lebar. Bilah daun berbentuk lanseolat-ovat, manakala bunganya menegak di dalam jambak bunga yang padat pada hujung cabang pokok. Kapsul biji benih berbentuk bujur, pada dasarnya mengecut menjadi pendek, bertangkai keras dan mempunyai 4 biji benih.
Kegunaan
Belalai gajah secara tradisi digunakan untuk disentri oleh orang Jawa (Burkil 1935). Di Thailand, tumbuhan ini secara tradisional digunakan sebagai ubat antiradang untuk rawatan luka, pembasmi kuman, ruam, tindak balas alahan dan kanser (Santi et al 2006).Lebih maklumat tentang NURSERY U GARDEN ENTERPRISE
NURSERY U GARDEN ENTERPRISEPlant Nursery Johor Bahru (JB), Landscape Services Malaysia, Garden Products Supplier Pasir Gudang ~ NURSERY U GARDEN ENTERPRISE