Beg Lampin Autumnz GORGEOUS (Ash Grey)
Beg lampin terbaru dari Autumnz ini direka dengan reka bentuk moden dan warna yang menarik, membolehkan ibu bapa memadankan beg ini dengan pelbagai jenis pakaian, dari kasual hingga elegan. Dibuat daripada bahan berkualiti tinggi yang kalis air, beg lampin serbaguna ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
Ciri-ciri Utama:
Kompartmen utama yang luas dan 11 organiser (dengan poket penyimpanan berasingan) termasuk poket berinsulasi dan poket untuk pakaian basah.
Mudah untuk mengatur botol susu, botol air, pakaian bayi, lampin, tuala, mainan, telefon bimbit, kunci, dan barangan penting lain dalam poket berasingan.
Poket belakang dengan zip, membolehkan anda mengakses barang yang ada di bahagian bawah beg dengan mudah.
Poket sisi yang sempurna untuk menyimpan tisu basah bayi dan memudahkan akses melalui zip.
Mudah dibawa atau dipasang pada kereta sorong bayi dengan 2 tali stroller yang disediakan.
Tali bahu lebih panjang dan boleh laras untuk keselesaan semasa dibawa.
Padded changing mat yang serbaguna disediakan secara percuma untuk memudahkan penukaran lampin.
Spesifikasi:
Saiz: Kira-kira 39.5cm (Tinggi) x 29cm (Lebar) x 16.5cm (Ketebalan di dasar beg)
Beg lampin ini menawarkan keselesaan, kemudahan, dan gaya, menjadikannya pilihan sempurna untuk ibu bapa yang sibuk!