pokok bunga Alamanda merupakan sejenis bunga hiasan yang banyak terdapat di Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama bunga terompet emas, bunga loceng kuning, atau bunga buttercup.
Pokok bunga ini merupakan sejenis tanaman perdu berkayu yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 2 meter. Batangnya yang muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada warna coklat apabila sudah tua kerana berlaku pembentukkan kayu pada batang pokok.
Pembiakkan pokok ini boleh dilakukan dengan penanaman biji benih mahupun keratan batang. Bagi mendapatkan pokok yang sihat dan berbunga mekar sepanjang tahun, anda haruslah menanamnya di kawasan yang membolehkan pokok ini mendapat cahaya matahari dan air yang mencukupi. Apabila sihat, pokok ini akan tumbuh dengan cepat dan pemangkasan pokok haruslah selalu dilakukan bagi menjaga penampilannya.