Mesin Cabut Bulu Ayam/ Poultry Feather Remover (15-18 Ekor) MT-FF30 digunakan secara meluas dalam industri pemprosesan daging ayam segar di Malaysia. Dengan Mesin Cabut Bulu Ayam ini, kerja-kerja proses mencabut bulu ayam menjadi lebih efektif dari kos, masa dan tenaga kerja seterusnya menjadikan kapasiti pengeluaran daging ayam segar akan meningkat berbanding kaedah konvesional.
Kelebihan Mesin Cabut Bulu Ayam/ Poultry Feather Remover (15-18 Ekor) MT-FF30:
✔️ Jimat masa dan tenaga kerja kerana dalam hanya beberapa minit sahaja ia mampu mencabut bulu ayam dengan bersih dan cepat. Proses mencabut dengan kaedah manual akan memakan masa lebih lama dan lebih banyak tenaga kerja.
✔️ Kos pengeluaran daging ayam segar menjadi lebih murah berbanding kaedah manual.
✔️ Lebih praktikal dan cekap.
Hasil pengeluaran daging ayam segar lebih bersih dan kelihatan sempurna (tidak lebam/melepuh). Ini kerana kaedah mencabut bulu ayam secara manual akan menyebabkan ayam menjadi lebam/melepuh dan kelihatan kurang menarik.
Cara Mesin Cabut Bulu Ayam ini berfungsi:
Cara mesin cabut bulu ayam berfungsi cukup mudah. Anda perlu masukkan sahaja ayam segar yang telah dicelur dengan air suam ke dalam mesin cabut bulu ayam, kemudian hidupkan suis mesin dan buka air paip. Tunggu selama beberapa minit. Maka hasilnya nanti bulu ayam tercabut/ tertanggal dengan baik dan sempurna.
Dengan Mesin Cabut Bulu Ayam, kerja pemprosesan ayam segar menjadi lebih praktikal dari segi masa, kos dan tenaga kerja sehingga jumlah pengeluaran daging ayam segar akan meningkat dan kebersihan daging ayam segar juga akan terpelihara.
SPESIFIKASI
MODEL: MT-FF30
TANK DIAMETER: 30”
CAPACITY: 15-18 BIRDS
POWER: 1500w
DIMENSIONS: 91x89x109cm
WEIGHT: 113kg