Kit Aktiviti Pentaksiran Berasaskan Sekolah Matematik KSSR Tahun 3 disediakan dengan menepati Dokumen Standard KSSR yang terkini. Kit ini berobjektif untuk memupuk minat murid-murid dalam pembelajaran dan mempercepatkan tahap pemahaman murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Di samping itu, aktiviti ini disusun mengikut band, deskriptor dan evidens dalam Dokumen Standard Prestasi membolehkan guru mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid memahami atau menguasai apa yang teleh dipelajari.