Kit aktiviti Matematik ini telah disusun khas dengan tujuan untuk menjadikan pengajaran Matematik dalam bidang Nombor dan Operasi lebih mudah dan efektif. Ia merupakan salah satu alat bantu mengajar yang amat sesuai untuk membantu guru-guru menjalani pengajaran dalam proses memperkenalkan konsep-konsep asas Matematik kepada murid-murid di samping memupuk minat mereka dalam bidang tersebut.