Kit aktiviti ini berobjektif untuk membantu murid mempelajari dan memahami konsep pecahan dengan lebih jelas dan mudah. Melalui aktiviti-aktiviti menggunakan pelbagai bentuk asas bongkah berwarna yang diperbuat daripada kayu, pembelajaran konsep pecahan akan menjadi lebih seronok dan efektif.