car tinted for all car
tinted paling penting pasang yang potong panas,boleh kurangkan kerosakan kereta plastik anda
Tinted kereta atau cermin gelap kereta kini sudah menjadi suatu keperluan untuk kebanyakan pemilik kenderaan. Ia merupakan salah satu bentuk pengubahsuaian kereta yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun dengan syarat perlulah mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Pemasangan tinted pada cermin sebenarnya banyak kelebihan. Justeru pada artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa manfaat yang akan diperoleh oleh pemilik kereta apabila memasang tinted pada cermin, khusus untuk pemilik kereta baru mahupun lama.
Cermin kereta yang tidak dipasang tinted akan memudahkan orang luar untuk melihat barangan yang ada di dalam kereta, seterusnya mendedahkan kepada risiko kecurian. Tidak dinafikan, masih ramai pemilik kereta yang gemar menyimpan barangan peribadi mereka yang berharga seperti laptop, beg tangan, kasut dan lain-lain. Jadi dengan pemasangan tinted pada cermin kereta, ia boleh mengurangkan risiko barangan anda dicuri dan seterusnya akan lebih menjamin keselamatan anda.
Nota: Anda bagaimanapun tidak digalakkan untuk menyimpan barangan berharga di dalam kereta kerana ia boleh membahayakan anda.
Pada hari ini, sinaran UV yang berbahaya semakin menjadi kebimbangan akibat daripada pemanasan global yang sedang berlaku. Walaupun secara amnya anda tidak rasa begitu panas atau ‘terbakar’ ketika di dalam kereta disebabkan sinaran UVB, namun sinaran UVA yang sama bahayanya tetap boleh sampai kepada anda ketika di dalam rumah mahupun di dalam kereta.
Jadi, memasang tinted pada cermin kereta adalah satu langkah yang berkesan bagi menghalang sinaran UV yang berbahaya ini. Ia mampu mencegah kerosakan pada kulit anda pada jangka masa panjang, bahkan juga boleh mencegah kanser seperti melanoma.
Lebih penting, ia juga boleh membantu mencegah kerosakan pada sistem penghawa dingin kereta akibat penggunaan yang berlebihan.
Oleh kerana pemasangan tinted pada asasnya melapisi cermin depan serta tingkap kereta dengan lapisan filem, ini secara tidak langsung akan membantu cermin daripada pecah atau retak dengan mudah. Jika berlaku kemalangan, ia mungkin akan memberi tambahan keselamatan untuk pemandu kerana cermin kereta mungkin tidak akan retak secara serta-merta.
Ini adalah satu sebab paling lazim pemilik kereta mempertimbangkan untuk memasang tinted pada cermin kenderaan mereka.
Dengan gelombang haba yang sering berlaku berserta dengan jumlah masa yang dihabiskan di atas jalan raya, tidak hairanlah ramai pemandu Malaysia mempertimbangkan untuk memasang tinted pada cermin kereta supaya kereta akan merasa lebih sejuk.
Pemasangan tinted mampu membantu mengekalkan suhu kenderaan dengan lebih rendah, dan seterusnya mengelakkan pemandu dan penumpang rasa panas dan bahang ketika berada di dalam kereta.
Pasang tinted cermin untuk keselamatan anda
Pemasangan tinted pada cermin akan memberi banyak manfaat kepada anda sebagai pemilik kenderaan. Namun diingatkan, pastikan anda memasangnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa JPJ bagi mengelakkan masalah lain pada masa akan datang.
More detail about PLUG & PLAY EIGHT EIGHT AUTO ACCESSORIES