Description
HARGA PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- penginapan hotell 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan:Skywalk Over The River Kwai, Safari Park Kanchanaburi, Classic Train Ride dan Chao Phraya River Tourist Boat.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market..
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Insurans kembara (Travel Insurance)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan , puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel sperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum , tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
HARI 1
Kuala Lumpur - Bangkok
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke
Bangkok.
Lawatan di Bangkok:
- Masa bebas untuk membeli-belah waktu malam di Ramkhamhaeng NIght Market yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian , aksesori dan juga terdapat makanan jalanan yang halal.
Bermalam di Bangkok.
HARI 2
Bangkok - Ratchburi - Kanchanaburi
Lawatan di
Ratchaburi:
- Maeklong Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.
- Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.
Lawatan di
Kanchanaburi:
- . Berfoto di pokok gergasi berusia lebih 100 tahun sebesar pemeluk 10 orang, Giant Monkey Pod Tree.
- Merasai pengalaman berjalan dan bersiar-siar di jambatan kaca setinggi 12m, Skywalk Over The River Kwai sepanjang 150m yang di sepanjang tebing muara pertemuan 3 buah sungai.
Bermalam di Kanchanaburi.
HARI 3
Kanchanaburi
- Death Railway Station: Melawat jambatan landasan keretapi merentasi River Kwai yang amat bersejarah dan terkenal dengan jolokan nama Death Railway kerana berpuluh ribu nyawa buruh paksa terkorban ketika laluan keretapi sepanjang 415km yang menghubungkan Thailand-Burma ini dibina.
- Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan bukit-bukau.
- Isi masa terluang dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik.
Bermalam di Kanchanaburi.
HARI 4
Kanchanaburi - Bangkok
- Safari Park Kanchanaburi: Keunikan Safari Park ini adalah pelawat boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan melihat haiwan. Syurga bagi mereka yang gemar bergambar kerana anda boleh berjumpa dengan pelbagai haiwan daripada anak harimau sehinggalah gajah dan berpeluang memberi makan kepada zirafah dalam jarak dekat, selain pertunjukan buaya yang menarik.
Lawatan di
Bangkok:
- Membeli batu permata di galeri Gems Factory dan madu lebah di ladang pemprosesan Honey Farm.
- Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di ICONSIAM Shopping Mall yang terletak di sepanjang Chao Phraya River.
- Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop on-hop off di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.
Bermalam di Bangkok.
HARI 5
Bangkok - Kuala Lumpur
- Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.
- MBK Center: Kompleks membeli-belah pelbagai barangan dengan lebih 2,000 buah kedai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia.
Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.
More detail about Iera Travel Sdn Bhd