4H3M BANGKOK SHOPPING
TERMASUK |
TIDAK TERMASUK |
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel,makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
|
- Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Travel & Covid-19 Insurans
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
|
JADUAL PERJALANAN
HARI 1
Kuala Lumpur - Bangkok
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.
Lawatan di Bangkok:
- Erawadee Herb & Health Shop: Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.
- Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.
- Masa bebas untuk membeli-belah dan bersantai di Icon Siam Mall yang serba moden menempatkan 7,000 buah kedai dan juga floating marketnya yang tersendiri.
Bermalam di Bangkok.
HARI 2
Bangkok
- Maeklong Railway Market : Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.
- Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.
- Pelajari khasiat dan cara penghasilan madu lebah secara tradisional di Honey Bee Farm
- Bersolat di Bangkok
- Masa bebas untuk membeli belah di Kota Bangkok
Bermalam di Bangkok.
HARI 3
Bangkok
Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti membeli belah di pasar atau kedai jalanan sekitar Bangkok.
HARI 4
Bangkok - Kuala Lumpur
- Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory
- Masa bebas untuk membeli belah barangan tempatan dan cenderamata di salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Thailand iaitu Big C Bangkok.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.