Motosikal Yamaha 135LC merupakan model yang cukup ikonik di Malaysia. Legasi ini kini diteruskan dengan pengenalan Yamaha 135LC Fi generasi terbaru yang hadir dengan suntikan bahan api dan rekaan ciri-ciri utilitarian baharu untuk keperluan para penunggang Malaysia yang moden.
FEATURES :YAMAHA PREMIUM BASKET
Bakul Yamaha 2-dalam-1 yang direka khas untuk penyimpanan tambahan. Ia hadir dengan ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa digunakan.
Port USB | Kalis air | Bukaan tempat duduk lebih luas
*Didatangkan khas untuk Model SE sahaja*
KERANGKA YANG LEBIH RINGAN DAN KUKUH
Direka sepenuhnya menjadikan model generasi ini lebih dinamik dan ergonomik sesuai untuk tunggangan harian.
TANGKI BAHAN API YANG LEBIH BESAR
Kapasiti 4.6L lebih besar untuk jarak tunggangan yang lebih jauh.
REKABENTUK AERODINAMIK YANG DIPERTINGKATKAN
Reka bentuk cowling baharu meningkatkan kecekapan aerodinamik, mengurangkan geseran serta tekanan angin di bahagian lutut untuk tunggangan lancar.
LAMPU HADAPAN LED & LAMPU PILOT BAHARU
Rekaan baharu lampu hadapan serta lampu pilot melengkapi bentuk agresif keseluruhan Yamaha 135LC Fi ini.
BREK CAKERA BELAKANG BAHARU
Kini dilengkapi dengan brek cakera belakang serta lengan ayun rekaan baharu untuk kuasa membrek yang lebih stabil.
SPEEDOMETER DIGITAL BAHARU
Meter digital bergaya dengan fungsi paparan maklumat, lebih jelas dalam pelbagai cuaca dan keadaan tunggangan.
LAMPU BELAKANG LED
Rekaan lampu belakang dengan garis kontur berbentuk tajam dilengkapi LED untuk pencahayaan yang lebih baik.
SPECIFICATION :
Enjin
Jenis Enjin | Sejukan Cecair, 4- Lejang, SOHC, 4-Injap |
Susunan Silinder | Silinder Tunggal |
Lubang X Lejang | 54.0 X 58.7 mm |
Nisbah Mampatan | 10.9:1 |
Kuasa Maksimum | 9.3kW / 8,000rpm |
Tork Maksimum | 12.2Nm / 6,000rpm |
Sistem Penghidup | Elektrik |
Pelinciran | Takungan Basah |
Isipadu Minyak Enjin | 0.9L |
Isi Tangki Bahan Api | 4.6L |
Sistem Nyalaan | TCI |
Jenis Bateri | 12V 3.5Ah |
Jenis Plug | NGK / CR8E |
Jenis Klac | Basah, Cakera Berganda |
Jenis Transmisi | Constant Mesh, 4-Kelajuan |
Dimensi
Panjang x Lebar x Tinggi | 1,945mm x 690mm x 1,095mm |
Jarak Roda | 1,255mm |
Jarak Minimum dari Tanah | 135mm |
Berat Isi | 109kg |
Tinggi Tempat Duduk | 775 mm |
Isi Tangki Bahan Api | 4.6L |
Keranga
Jenis Kerangka | Backbon |
Suspensi Hadapan | Teleskopik |
Suspensi Belakang | Lengan Ayun |
Tayar Hadapan | 70/90 – 17M/C (38P) |
Tayar Belakang | 80/90 – 17M/C (50P) |
Brek Hadapan | Cakera Tunggal Hidraulik |
Brek Belakang | Cakera Tunggal Hidraulik |