Antracol 70 WP ialah sejenis racun kulat yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'dithiocarbamate' (FRAC M3) yang bertindak secara sentuhan serta memberi kesan perlindungan. Ia berkesan mengawal penyakit kulat seperti tercatat dalam jadual di bawah. Antracol 70 WP tidak merosakkan tanaman jika digunakan seperti yang disyorkan.
Tanaman | Penyakit | Kadar Racun (10 Liter Air / Sehektar) |
Kailan, Sawi, Kubis Cina | Bintik Daun (Alternaria brassicae) Bintik Daun (Cercospora brassicicola) Antraknos (Colletotrichum higginsianum) Hawar Phytophthora (Phytophthora drechsleri) Kulapuk Downy (Peronospora parasitica) |
15g/1.5kg |
Tomato, Cili | Hawar Alternaria (Alternaria solani) | 15g/1.5kg |
Hawar Phytophthora (Phytophthora infestans) | 30g/3.0kg | |
Antraknos (Colletotrichum capsici) | 20g/2.0kg | |
Tembikai, Timun, Tembikai Susu | Kulapuk Downy (Pseudoperonospora cubensis) | 15g/1.5kg |
Kacang Panjang, Kacang Buncis | Karat (Uromyces vignae) | 15g/1.5kg |
Mangga | Antraknos Buah / Hawar Jambak Bunga (Colletotrichum gloeosporioides) | 15g/1.5kg |
Sawit (peringkat semaian) | Bintik Daun (Curvularia eragrostidis) | 30g/1.35kg |