Bakul Yamaha 2-dalam-1 yang direka khas untuk penyimpanan tambahan. Ia hadir dengan ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa digunakan.
Port USB | Kalis air | Bukaan tempat duduk lebih luas
*Didatangkan khas untuk Model SE sahaja*
Dikuasakan oleh enjin klac automatik 135cc baharu dengan suntikan bahan api dan sejukan cecair, mematuhi piawaian EU4 untuk meningkatkan lagi prestasi enjin yang lebih lancar.
Dengan memusingkan kunci ke kiri, anda kini boleh membuka tempat duduk dengan mudah tanpa perlu menarik keluar kunci.
Direka sepenuhnya menjadikan model generasi ini lebih dinamik dan ergonomik sesuai untuk tunggangan harian.
Kapasiti 4.6L lebih besar untuk jarak tunggangan yang lebih jauh.
Reka bentuk cowling baharu meningkatkan kecekapan aerodinamik, mengurangkan geseran serta tekanan angin di bahagian lutut untuk tunggangan lancar.
Rekaan baharu lampu hadapan serta lampu pilot melengkapi bentuk agresif keseluruhan Yamaha 135LC Fi ini.
Kini dilengkapi dengan brek cakera belakang serta lengan ayun rekaan baharu untuk kuasa membrek yang lebih stabil.
Meter digital bergaya dengan fungsi paparan maklumat, lebih jelas dalam pelbagai cuaca dan keadaan tunggangan.
Rekaan lampu belakang dengan garis kontur berbentuk tajam dilengkapi LED untuk pencahayaan yang lebih baik.