6H4M KOREA SARANGHAEYO

6H4M KOREA SARANGHAEYO

Category: Korea Available
Purchasable on official site
For more information, visit our official website at ieratravel.com.my

Description

6H4M KOREA SARANGHAEYO
 
HARI 1 : KUALA LUMPUR - INCHEON
Berkumpul di KLIA Terminal 1 @ 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon. Bermalam di Incheon.

HARI 2 : INCHEON - CHUNCHEON - SEOUL  (SP,MT,MM)
Lawatan di Chuncheon:
Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokas penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
Lawatan bulan Mac - November
Lawatan bulan Disember - Februari

ermalam di Seoul.

HARI 3 : SEOUL (SP,MT,MM)
Lawatan di Seoul:
Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea. Berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok
Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.
• Membeli-belah di Ginseng Center dan Red Pine Tree Shop.
• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
Bermalam di Seoul

HARI 4 : SEOUL (SP)
• Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.
Bermalam di Seoul.

HARI 5 : SEOUL - INCHEON (SP,MT,MM)
Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
• Membeli-belah di Cosmetic Shop.
Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
• Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6 : INCHEON - KUALA LUMPUR 
Tiba di KLIA Terminal 1 @ 2.

 

Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
SP: SARAPAN PAGI    MT: MAKAN TENGAH HARI    MM: MAKAN MALAM    MDK: MAKAN DLM KAPAL

Termasuk Tidak Termasuk
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Nami Island, Soyanggang Skywalk & Gyeongbokgung Palace.
  • Pengangkutan feri ke Nami Island
  • Kos pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia sahaja).
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Urusan permohonan K-ETA (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri).
  • Travel & Covid-19 Insurans. Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

More detail about Iera Travel Sdn Bhd
Iera Travel Sdn Bhd
Iera Travel Sdn Bhd No.1 Bus Rental in Perak | Tour Bus Chartered Company Ipoh | Cheapest Van & Car Rental in Malaysia ~ Iera Travel Sdn Bhd
Contact Us flagMalaysia