125 Makanan Arnab Premium / Rabbit Pellet / Dedak Arnab(25KG)

125 Makanan Arnab Premium / Rabbit Pellet / Dedak Arnab(25KG)

分类: Makanan Arnab 当前有货
欲了解更多详情,请游览我们的官方网站 spberkatagro.com

Specifications
  • Crude Protein (Max): 14.0%
  • Crude Fat (Max): 3.0%
  • Crude Fibre (Min): 23%
  • Ash (Max): 2.0%
  • Moisture (Max): 11.0%
详情

Dedak Arnab SP Berkat 125

Dedak arnab SP Berkat 125 merupakan dedak yang berkualiti premium dan diformulasi khas untuk semua jenis arnab. Dedak ini dihasilkan dalam bentuk pelet/ ketulan keras dengan saiz, garis pusat 4 mm dan panjang 2-3 cm.

Ia mengandungi pelbagai khasiat yang khusus untuk membantu tumbesaran arnab dan memastikan kesihatan arnab anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Antara kandungan utamanya adalah, PKE, pollard gandum, jagung, mineral, molases, hampas sawit, hampas beras, hampas koko.

Dedak arnab ini diperbuat daripada bahan-bahan organik dan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan arnab anda.




Kandungan Dedak Arnab SP Berkat 125 & Khasiatnya:
● Protein & Karbohidrat: Memberi tenaga dan membantu proses tumbesaran arnab lebih idea serta membantu proses untuk menggemukkan haiwan.
● Serat: Kandungan serat yang tinggi dapat membantu sistem penghadaman lebih baik.
● Mikronutrien (vitamin, mineral, dll): Amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi arnab. 




Kenapa Anda Perlu Dapatkan Dedak Arnab SP Berkat 125:

  1. Meningkatkan selera makan arnab kerana pelet ini sedap dan berkhasiat.
  2. Memastikan kesihatan dan kadar pertumbuhan arnab anda dengan optimum.
  3. Meningkatkan daya tahan tubuh arnab.
  4. Harga yang murah dengan kualiti dedak terbaik di pasaran
  5. Dihasilkan menggunakan bahan organik yang berkhasiat.



Cadangan Pemakanan:
Kadar makan harian untuk arnab adalah berbeza mengikut saiz dan keperluan arnab. Dedak arnab SP Berkat 125 ini boleh dibagi bersama bahan-bahan hijau lain sebagai makanan tambahan seperti daun, kangkung, kubis dan sebagainya untuk membantu meningkatkan kualiti arnab anda dari segi bulu dan pembiakan.




Penyimpanan:
Simpan di kawasan yang kering dan pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelak dari serangan haiwan perosak. Jauhi dari kanak-kanak.

更多 SP BERKAT AGRO SDN BHD 相关资料