4H3M BANGKOK SHOPPING

4H3M BANGKOK SHOPPING

分类: Thailand 当前有货
可在官方网站购买
欲了解更多详情,请游览我们的官方网站 ieratravel.com.my

详情

4H3M BANGKOK SHOPPING
 
TERMASUK TIDAK TERMASUK
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel,makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran 
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans 
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
 
JADUAL PERJALANAN

HARI 1 
Kuala Lumpur - Bangkok

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.
Lawatan di Bangkok:
  • Erawadee Herb & Health Shop: Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.
  • Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.
  • Masa bebas untuk membeli-belah dan bersantai di Icon Siam Mall yang serba moden menempatkan 7,000 buah kedai dan juga floating marketnya yang tersendiri.
Bermalam di Bangkok.

HARI 2 
Bangkok
  • Maeklong Railway Market : Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.
  • Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.
  • Pelajari khasiat dan cara penghasilan madu lebah secara tradisional di Honey Bee Farm
  • Bersolat di Bangkok
  • Masa bebas untuk membeli belah di Kota Bangkok
Bermalam di Bangkok.

HARI 3 
Bangkok

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti membeli belah di pasar atau kedai jalanan sekitar Bangkok.

HARI 4 
Bangkok - Kuala Lumpur
  • Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory
  • Masa bebas untuk membeli belah barangan tempatan dan cenderamata di salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Thailand iaitu Big C Bangkok.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.



 

更多 Iera Travel Sdn Bhd 相关资料
Iera Travel Sdn Bhd
Iera Travel Sdn Bhd No.1 Bus Rental in Perak | Tour Bus Chartered Company Ipoh | Cheapest Van & Car Rental in Malaysia ~ Iera Travel Sdn Bhd