ialah racun serangga yang mengandungi dua perawis aktif iaitu thiamethoxam daripada kumpulan neonicotinoid dan cyantraniliprole daripada kumpulan diamides.
bertindak secara sentuhan ke atas sistem saraf pusat serangga (“cental nervous system”) dan keracunan perut dengan menyekat sistem pemakanan serangga perosak.
Perawis aktif thiamethoxam juga bertindak secara sistemik manakala perawis aktif cyantraniliprole menunjukkan sedikit ciri sistemik. Perawis aktif cyantraniliprole bergerak ke atas bagi tanaman dikot sementara sedikit pergerakkan ke bawah bagi tanaman monokot.
memberi kawalan spektrum yang meluas untuk mengawal serangga perosak jenis menghisap dan mengunyah dalam tanaman sayuran berdaun dan berbuah. Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulangi berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat diramal. Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak. Disyor menyembur secara “window approach” untuk mengelakkan pendedahan berterusan pada generasi serangga perosak yang mempunyai cara tindakan yang sama dan penggunaan racun serangga tidak melebihi 50% daripada kitaran hidup tanaman.
更多 Majujaya Agriculture & Agrikimia Trading 相关资料