5 Komponen Motor Yang Perlu Diperiksa, Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh.

5 Komponen Motor Yang Perlu Diperiksa, Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh.

Dah habis sakan beraya ke belum tu? Minggu ni dah mula ramai orang pulang bekerja setelah hampir seminggu cuti Raya. Jadi, sebelum memulakan perjalanan yang jauh nak pulang ke rumah, bagi yang naik motor tu boleh la periksa komponen motor anda yang  perlu diperiksa ini. Bukan setakat kena periksa komponen motor ni bila nak mulakan perjalanan jauh sahaja. Tetapi bila-bila masa sahaja anda memang patut periksa komponen tersebut supaya perjalanan anda lebih selamat.

 

Kalau rasa nak selamat, boleh lah anda luangkan masa sedikit untuk periksa 5 komponen utama motor anda:

 

1. PERIKSA BREK MOTORSIKAL

 

Kalau nak tahu sama ada pad brek motorsikal anda sudah haus atau pun tidak, anda boleh kenalpasti dengan ketebalan minimum mesti kurang 2mm. Jangan lupa periksa minyak brek juga, pastikan ia pada paras yang ditentukan. Lagi-lagi sekiranya motorsikal yang anda pakai itu adalah motorsikal tua.

 

Sekiranya rasa tuil brek anda terlalu keras atau terlalu dalam, boleh terus pergi ke pusat servis. Untuk brek dram pula, periksa tanda anak panah pada tuil dram sudah bertemu indikator pada dram. Sekiranya tuil dram sudah bertemu dengan indikator drama, sila ganti baharu secepat mungkin.

 

2. PERIKSA TAYAR MOTORSIKAL

Motorcycle tires, stylized toning image.

Untuk periksa tayar motorsikal ini mudah sahaja, perhatikan bunga tayar motorsikal anda sama ada masih tebal atau pun tidak. Bunga tayar yang masih tebal ini berfungsi untuk mencengkam secara optimum ketika anda brek atau menunggang di atas jalan yang basah. Sila perhatikan indikator haus bunga (TWI) pada dinding tepi tayar motorsikal tersebut.

 

Bagi motorsikal, pastikan anda menggunakan saiz tayar yang standard dan bersesuaian dengan jenis motorsikal yang digunakan. Pastikan tekanan angin pada tayar tersebut adalah tepat.

 

3. PERIKSA TEROTEL DAN TUIL KLAC

Cara untuk periksa terotel motor anda adalah dengan memulas secara penuh lalu lepaskannya. Anda perhatikan sama ada terotel motor tersebut kembali ke posisi asal dengan cepat atau pun tidak. Jika tidak, ia bermaksud mungkin kabel terotel tersebut sudah karat. Jadi, anda perlu hantar motor untuk pergi servis dengan segera.

 

Bagi mendapat keselesaan tunggangan optimum, jarak bebas (free) tuil terotel ialah 2-6mm, manakala tuil klac 10-20mm.

 

4. PERIKSA SISTEM PACUAN

Sekiranya anda memakai skuter, sila pastikan sistem belting CVT skuter anda tidak haus atau pun lusuh. Prosedur pemeriksaan tali CVT mesti dilakukan setiap 8,000km dan diganti setiap 24,000km. Bagi motosikal jenis biasa yang dipacukan rantai, perhatikan simptom haus pada komponen tersebut.

 

5. PERIKSA LAMPU

Sekiranya anda menunggang motorsikal pada waktu malam ianya sangat bahaya dan boleh mengancam keselamatan diri. Pastikan lampu bahagian depan, belakang dan sisi motorsikal tersebut dalam keadaan baik dan menyala seperti biasa.

 

Periksa indikator minyak, pasti ia dapat beri maklumat paras minyak dalam tangki dengan betul. Jangan lupa lihat juga baki kuasa bateri, cukup atau tidak.

 

Contact us Philippines flagPhilippines