Penghantar Makanan Perlu Tahu 10 Cara yang Terbaik Menjaga Motosikal Anda !

Penghantar Makanan Perlu Tahu 10 Cara yang Terbaik Menjaga Motosikal Anda !

 Untuk menjaga jangka hayat sesebuah motorsikal amat lah mudah sekali. Anda cuma perlu memastikan servis berkala minyak hitam, spark plug, oil filter, spoket, rantai, tayar dan beberapa lagi part yang penting.Bagi mereka yang sudah biasa dengan barang yang murah belilah yang murah tetapi berkualiti, kalau yang dah biasa dengan barang yang mahal pastikan beli yang original. Jangan tertipu dengan agenda terbaru scammer minyak hitam "recycle".

Di sini kami sertakan beberapa panduan yang umum sudah mengetahui cara penjagaan motorsikal yang mudah dan semoga bermanfaat untuk rider di luar sana. 

1) Servis Minyak Hitam (4T)

Penjagaan paling penting dalam berpuluh cara menjaga motorsikal adalah menukar minyak hitamnya sahaja. Kebanyakkan motorsikal 4 stroke, 2 stroke atau scooter biasanya
perlu ditukar apabila sudah mencecah 5,000 ke 6,000 kilometer perjalanan. Namun begitu, kekerapan penggunaan motor juga perlu diambil kira. Sekiranya anda bukan lah pengguna harian motorsikal seeloknya tukar minyak hitam yang baru apabila usia minyak hitam yang lama sudah mencecah 6 bulan. Ini adalah bagi mengelakkan dari penggunaan minyak hitam yang tidak likat (cair)

2) Servis Oil Filter

Penukaran oil filter juga adalah salah satu cara untuk menjaga motorsikal. Contoh Yamaha LC 135 kalau mengikut manual setiap 12,000km atau setahun perlu ditukar, namun begitu ada yang memang sangat mengambil berat tentang motor mereka akan menukar setiap 2 kali servis minyak hitam. Oil filter pun ada yang tak ori jadi sila berhati-hati dalam mencari oil filter.

3) Servis Spark Plug

Cara memeriksa kondisi spark plug anda juga sangat mudah, bagi kebanyakkan jenis motorsikal perlu ditukar setiap 10,000km. Ada juga rider yang pernah cakap kalau nak tahu spark plug tu dah kena tukar atau belum, bila sedang menunggang motor mengeluarkan api meletup-letup dan enjin motorsikal hampir mati itu tandanya plug dah kena tukar. Motor payah nak start plug akan berwarna hitam akibat dari pembakaran tidak sempurna dan periksa juga coil api dan coil magnet. Kalau plug bersih lagi maknanya ia masih boleh digunakan lagi.

Cari lah spark plug yang mempunyai performance seperti NGK 'G' Power, NGK 'R' atau DENSO. Biasanya brand ni mahal dari yang standard tapi performance nya memuaskan. Nak power lagi? Beli lah spark plug Irridium.
 

4) Servis Karburator

Bagi penguna Motorsikal, setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis karburator motor kalau kuat makan minyak (kalau jenis bawak motor macam Marc Marquez) kalau anda jenis bawak motor slow, rasai sendiri penggunaan minyak anda untuk memastikan adakah karburator perlu di servis.

5) Servis Air Filter

Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC. perkara penting adalah penjagaan air filter (penapis Udara) lakukan pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara. Air filter Standard kalau kotor tembak dengan angin compressor sahaja, tetapi jika dah terlalu kotor dinasihatkan tukar sahaja yang baru harga pun tidaklah terlalu mahal.

6) Servis Fuel Filter

Fuel filter adalah part yang paling jarang sekali pengguna motorsikal nak tukar, yang pertama jika anda memang jenis cermat dalam menjaga motorsikal fuel filter boleh diguna dalam jangka masa yang sangat panjang. Tetapi sekiranya anda merasakan flow minyak anda ada rasa tersumbat elok lah jika tukar kepada yang baru atau tunggu 10,000km baru tukar.

7) Penjagaan Bateri Motorsikal

Bagi penguna motorsikal, berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.

8) Penjagaan Spoket dan rantai

Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan spoket dan rantai, Kalau ikutkan spoket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita menunggang. Pastikan ketegangan rantai motor sesuai, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Ketatkan rantai motor yang longgar, andaperlu tukar set rantai bile rantai dah rosak. Rantai rosak tulah penyebab spoket menjadi tajam. Pastikan sporket dan rantai selalu spray minyak bagi melicinkan pergerakkan. Bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris.

9) Penjagaan Belting

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 17, 000km, bergantung kepada cara anda menunggang. Tanda belting hampir nak putus, bunyi seperti tikus di crankcase. Cuba check belting dengan melipat tali belting lihat kalau ada crack walaupun sikit, lebih baik tukar sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di gris sekurang-kurangnya sebulan sekali

10) Servis Minyak Gearbox

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertama sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. (ini info Internet source yer)

Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak lah susah mana nak jaga motorsikal anda tu. Anda cuma perlu pastikan faktor di atas hendaklah sentiasa dititikberatkan jika anda ingin menggunakan motor anda dalam jangka masa yang lebih panjang.

-Sekian terima kasih,

𝑭𝑢𝑳𝑳𝑢𝑾 :
Facebook - HQ : https://www.facebook.com/chongmotorhqofficial
Website : https://www.chongmotor.my
TikTok : https://www.tiktok.com/@chongmotorofficial
Instagram : https://www.instagram.com/chongmotor_official/
YouTube : https://www.youtube.com/@chongmotorofficial

Contact us Philippines flagPhilippines