Tasik Bukit Merah Kering?! MISI MENCARI KERANDANG

Tasik Bukit Merah Kering?! MISI MENCARI KERANDANG

Perjalanan ke Tasik Bukit Merah, Perak pada bulan lepas adalah satu pengalaman yang mendebarkan dan penuh cabaran. Dengan keadaan tasik yang surut, kami dibantu oleh penduduk tempatan, Abg Lan sebagai guide yang berpengalaman tentang selok belok Tasik Bukit Merah. Kami terpaksa meranduk jauh ke dalam hutan untuk pergi ke spot. Beliau menjangkakan masa yang perlu diambil 40 minit pertama dengan menaiki motor, 30 minit kemudian terpaksa berjalan kaki meredahi tanah selut.

Tersalah langkah kaki memang akan tenggelam di dalam lumpur!

Sejak awal pagi, saya sudah merasakan debaran di hati. Dengan rod EXP Explosion yang lebih ringan dalam tangan, saya membonceng motorsikal guide kami menuju ke dalam hutan yang dipenuhi dengan semak dan pokok-pokok besar. Setiap putaran roda motorsikal juga terasa mencabar, tetapi semangat untuk mendapatkan strike yang diimpikan membuatkan kami terus melangkah.

Setelah 40 minit di atas motor, kami tiba di satu kawasan dimana kawasan yang biasanya dipenuhi air kini terdedah, dan kami perlu hanya berjalan di atas tunggul kayu dan pokok tumbang untuk berhati-hati agar tidak terperangkap dalam lumpur. Dalam perjalanan yang penuh dengan waspada, kami mendengar bunyi air yang mengalir dan burung-burung yang berkicau, menambah suasana yang mendebarkan.


Ada part yang memang perlu redah air, sampai macam ni pun ada!

Setelah lebih satu jam meranduk, akhirnya guide menunjukkan satu kawasan yang kelihatan menjanjikan. Dengan hati yang berdebar, saya mula membaling EXP Dominator Soft Plastic besaiz 8cm ke dalam air. Setiap balingan saya mengarau dengan penuh harapan agar ada sambaran, tanpa mengira spesis.


Dalam air pun casting tetap on...

Setelah beberapa jam cubaan memujuk ikan masih tiada sambaran, tiba-tiba balingan saya merasakan sambaran yang agak kuat! Sentapan segera dilakukan dan merasakan tarikan yang hebat dari dalam air. Entah spesis apa, saya dapat merasakan ikan itu berjuang untuk lepaskan diri, tetapi saya tidak akan membiarkannya pergi begitu sahaja.

Salah seekor hasil kerandang yang ditumpaskan!

Setelah beberapa minit bertarung, saya berjaya mendaratkan ikan itu! Rasa puas dan bangga mengatasi segala cabaran yang dilalui apa bila melihat yang didaratkan itu adalah spesis kerandang. Ikan kerandang itu bukan sahaja menjadi lesen pertama saya, tetapi juga simbol kejayaan dalam perjalanan yang penuh cabaran ini.


Guide kami dengan penuh tekun memandu arah ke spot

Perjalanan ini bukan sahaja tentang menangkap ikan, tetapi juga tentang menghargai keindahan alam, sebelum keindahan itu hilang akibat perubahan alam mahupun kerosakkan oleh tangan manusia sendiri. Meranduk ke dalam hutan dan berjuang dengan ikan kerandang memberikan saya satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Bagi pemancing lain, jangan pernah takut untuk mencuba dan menghadapi cabaran, kerana setiap usaha pasti ada ganjarannya!

Setup yang dibawa:
Rod : EXP EXPLOSION ROD (8-17LB)
Reel : EXP LEGGERA REEL
Mainline : EMO 8 (20LB)
Leader : EMO KYOJIN 100% FC LEADER (30LB)
Contact us Philippines flagPhilippines