TAK PANDAI PILIH SETUP? Nah, Setup Cadangan untuk Casting Haruan!

TAK PANDAI PILIH SETUP? Nah, Setup Cadangan untuk Casting Haruan!

Untuk pengalaman casting haruan yang lebih seronok & mudah kita perlu bawa sekali setup yang bersesuaian dan seimbang. Berikut adalah cadangan kami mengenai setup memancing yang sesuai untuk casting haruan.

1. ROD

Pilih rod yang ringan dan sesuai dengan tahap lenturan. Rod yang terlalu berat boleh menyebabkan pemancing cepat letih. Pilihan action lingkungan medium seperti medium light hingga medium heavy adalah pilihan yang baik. Ini membolehkan pemancing mengawal tarikan haruan dengan lebih baik dan memberikan keselesaan semasa membaling.

2. REEL

Reel yang digunakan haruslah bersaiz 80 dan ke atas untuk BC Reel, manakala saiz 2000 untuk spinning reel. Namun, untuk haruan yang lebih besar, gunakan reel yang lebih besar. Penting untuk padankan secara seimbang antara reel dengan setup yang lain serta saiz target ikan agar dapat pengalaman mancing yang lebih seronok.

3. MAINLINE & LEADER

Tali pancing yang disyorkan adalah jenis braided. Tali ini lebih halus dan lancar yang akan membantu dalam proses casting. Cadangan kami, gunakan tali braided 4 atau 8 dengan poundage 15lbs dan ke atas (mengikut saiz target haruan) adalah pilihan yang baik. Untuk pilihan leader pula, boleh tambah 10lbs dari saiz mainline untuk lebih selamat.

4. GEWANG

Untuk ikan pemangsa yang agresif macam haruan ni tiada masalah untuk buat pilihan guna gewang top water, mid water ataupun deep. Umpan yang digunakan untuk memikat haruan termasuk soft frog, jump frog, soft plastic, buzz bait, spinner bait, minnow shallow, crank shallow atau sp worm.

Dengan mengikuti panduan ini, pemancing dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan haruan yang diidamkan. Semoga tidak kumpaw!
Contact us Philippines flagPhilippines