Penggantian cerucuk RCC Hume di persimpangan jalan
Pertimbangan Reka Bentuk :
Reka bentuk struktur untuk Kotak Pratuang Konkrit Bertetulang (Precast RC Box Culvert) adalah mengikut keperluan:
i) BS 5400 : Part 4 : 1990
ii) BD 31/01 The Design of Buried Concrete Box and Portal Frame Structures
iii) MS 1293 : Part 1 : 1992
Kotak culvert direka untuk menampung kedalaman timbunan balik maksimum 2 meter dan beban langsung kenderaan HB sebanyak 45 unit.
Kotak culvert bersaiz standard juga mematuhi ujian beban bukti sebanyak 112.5 kN ke atas kawasan bersaiz 320mm x 320mm yang boleh diletakkan di mana-mana bahagian atas penutup culvert.
Kedalaman minimum timbunan balik sebanyak 600mm disyorkan untuk mengelakkan beban hentakan terus yang tidak diingini.
Tekanan hidrostatik disingkirkan melalui penyediaan lubang pelepas air (weepholes) yang diletakkan di sepanjang garis tengah dinding dasar (invert).
Jenis :
Kotak Culvert Saiz Standard (lebar dari 300mm hingga 1800mm)
Kotak Culvert Saiz Besar (lebar dari 2135mm hingga 3660mm)
* Kotak culvert tersedia dengan atau tanpa saluran aliran semasa kering (DWF). Sila nyatakan keperluan anda.