EASYSTONE MOTORCYCLE WASH & SHINE adalah kualiti premium syampu yang direka untuk kenderaan motorsikal yang kaya dengan rumusan wax. Ia adalah formula 2 dalam 1 yang memberi hasil sinar dan waxing dalam satu langkah mudah. Ia mengandungi ejen biodegrade dan ejen anti karat. Ia membersih dan merapi permukaan cat kenderaan agar tidak cepat menjadi pudar dan sentiasa kelihatan berkilat. Dengan rumusan wax yang sedia ada, ia tidak akan meninggalkan kesan seperti tompokan air selepas cucian sekaligus mengurangkan kerosakan cat akibat hujan yang berasid. Produk ini berfungsi dengan baik pada cat logam, pepejal dan cat 2K.
CARA MENGGUNAKAN :
1. Tuangkan kira-kira 25ml syampu ke dalam baldi yang berisi dengan 1-2 liter air.
2. Gunakan span atau kain dan basuh kenderaan dengan bersih.
3. Bilas dengan air bersih.
4. Lap dan keringkan kenderaan dengan kain microfiber atau chamois.