Q1: Siapa yang LAYAK menyertai Latihan di bawah Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal?
A:
-
Warganegara Malaysia.
-
Individu yang berumur 16 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
-
Individu yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.
-
Individu yang tidak mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.
-
Keutamaan diberikan kepada individu yang berminat dan bermotivasi untuk melakukan transisi daripada pekerjaan tidak formal kepada pekerjaan formal. Profiling akan dilaksanakan bersama dengan individu untuk mengenal pasti individu yang bermotivasi untuk melaksanakan transisi pekerjaan dari sektor tidak formal ke sektor formal serta pemilihan kursus yang bersesuaian.
-
Individu tersebut hendaklah memenuhi salah satu daripada kriteria berikut :
-
Individu yang mencarum di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) sebelum 1 April 2023; atau
-
Individu yang hanya melakukan pekerjaan di bawah Sektor Tidak Formal semasa permohonan dibuat.
Q2:Berapa lama peserta mengetahui permohonan meraka berjaya?
A: Peserta yang berjaya melepasi saringan akan mendapat Surat Kelulusan oleh PERKESO. Pihak MPS Academy akan menghubungi peserta yang berjaya dalam masa terdekat. Jika tiada maklum balas dalam masa 30 hari bekerja bermakna peserta tidak berjaya.
Q3: Apakah bahasa yang akan digunakan semasa sesi pembelajaran?
A: Latihan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris,Bahasa Malaysia,Bahasa Madarin.
Q4: Dimanakah program ini akan berlangsung?
A: Program ini akan berlangsung di MPS ACADEMY, Kulai.
Q5: Apakah itu Program Bina Kerjaya?
A:
-
Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal (Pekerja GIG atau Orang Bekerja Sendiri(OBS)l merupakan program inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui latihan profesional.
-
Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.
-
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web ini: https://shorturl.at/isAET
Q6: Apakah itu pekerjaan sektor tidak formal?
A: Pekerjaan sektor tidak formal membawa maksud semua jenis pekerjaan lain selain aktiviti pekerjaan formal. Ianya termasuk pekerja gig, bekerja sendiri, kerja kampung atau petani, nelayan atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau di tepi jalan.
Q7: Apakah kelebihan Program Bina Kerjaya ini?
A: Antara manfaat yang akan diperoleh menerusi Program Bina Kerjaya ini adalah:
-
Memberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan latihan
-
Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi Latihan Profesional
-
Menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal
-
Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal
Q8: Adakah peserta akan mendapat sijil selepas tamat pengajian?
A: Sijil penyertaan akan diberikan kepada individu yang berjaya tamatkan latihan dengan kehadiran penuh, memenuhi segala tugasan sepanjang latihan dan melengkapkan beberapa dokumen yang diperlukan.