Minecto

Minecto

Danh mục: Insecticide Có sẵn
Để biết thêm thông tin, truy cập trang web chính thức của chúng tôi tại majujayaagriculture.com

Specifications
  • Active Ingredient: 16.9% w/w Cyantraniliprole + 16.9% w/w Lufenuron
  • Capacity: 100ML
Mô tả

ialah sejenis racun serangga yang mengandungi dua perawis aktif iaitu cyantraniliprole daripada kumpulan ‘diamide’ dan lufenuron daripada kumpulan ‘benzoylurea’. Lufenuron bertindak secara keracunan perut dan sedikit aktiviti sentuhan yang memberi kawalan “ovicidal” menghalang penetasan telur serta menghalang sintesis kitin dan mengganggu pembentukan kutikel di peringkat larva. Cyantraniliprole bertindak secara sentuhan ke atas sistem saraf pusat serangga (central nervous system) dan keracunan perut dengan menyekat sistem pemakanan serangga perosak.

Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur kabus. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur. 

Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 14 hari sekali, apabila serangan masih berkekalan. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza

Pengurusan Rintang:
Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulang berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat dijangka. Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak. Untuk mengelakkan pembentukan ketahanan serangga berlaku dengan cepat, elakkan semburan racun serangga secara berterusan pada semua kitaran hidup perosak sama ada menggunakan produk yang sama atau produk yang berlainan tetapi dengan cara tindakan yang sama. mengandungi racun serangga Kumpulan 28 (cyantraniliprole daripada kumpulan ‘diamide’) dan racun serangga Kumpulan 15 (lufenuron daripada kumpulan ‘benzoylurea’).  

Xem thêm chi tiết về Majujaya Agriculture & Agrikimia Trading
Majujaya Agriculture & Agrikimia Trading
Majujaya Agriculture & Agrikimia Trading Fertilizer Johor Bahru (JB), Pest Control Products & Herbicide Supplier Malaysia, Agriculture Tools Supply Skudai ~ Majujaya Agriculture & Agrikimia Trading