27 November 2021- BAGAN DATUK: YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani Mohamad melakukan lawatan ke Penternakan Sumber Unggas (Sumber Unggas) sempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA).
Semasa lawatan ke Ladang Pembaka Sumber Unggas, YAB Menteri Besar telah dipaparkan dengan video korporat yang menceritakan bagaimana Sumber Unggas berkembang dari sebuah reban kecil menjadi sebuah perniagaan yang berdaya saing dan mampu membuka banyak cawangan kedai input penternakan. Selain itu, YAB Menteri Besar turut melihat sendiri Projek Burung Puyuh Pembaka IKTA dan Projek Pembaka Ayam Kampung Arab yang diusahakan oleh Sumber Unggas. Pelbagai produk-produk berasaskan puyuh yang dikeluarkan oleh penternak-penternak puyuh di Daerah Bagan Datuk turut dipamerkan semasa lawatan berlangsung.
Di akhir lawatan, YAB Menteri Besar telah mendoakan Sumber Unggas untuk menjadi lebih maju dan menyatakan keyakinan bahawa sektor penternakan mempunyai peluang yang besar untuk dimajukan di Negeri Perak.
Selain YAB Menteri Besar, lawatan turut disertai oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato’ Shahrul Zaman Bin Datuk Yahya; ADUN Hutan Melintang, YB Dato Hj Khairuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Pengarah Vaterinar Perak, Dr Ahmad Syafri bin Hassan; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti binti Othman; dan Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri (STeP), Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razali.
Lawatan YAB Menteri Besar ini sangat bermakna buat Sumber Unggas dan akan menjadi penanda aras baru buat kami untuk bekerja lebih kuat untuk terus maju dan berdaya saing di masa hadapan.
Aktiviti ketika lawatan di Sumber Unggas