𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗢𝗨) 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗣𝗨𝗦𝗥𝗔𝗪𝗜 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗘𝗢𝗚𝗢 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
25 Oktober 2022 (Selasa) - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Hospital PUSRAWI Sdn Bhd dan Keeogo Malaysia Sdn Bhd bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd.
Hospital PUSRAWI Sdn Bhd diwakili oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Hj Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Hospital PUSRAWI Sdn Bhd manakala Keeogo Malaysia Sdn Bhd diwakili oleh YBrs. Encik Yee King Hwa, Pengarah Urusan Keeogo Malaysia Sdn Bhd. Turut hadir adalah YBrs. Cik Zauyah Tarmizi, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Hospital PUSRAWI Sdn Bhd.
Semoga dengan termeterainya kolaborasi strategik ini, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd akan dapat menyediakan perkhidmatan rehabilitasi robotik bertaraf dunia untuk pesakit strok, Parkinson, kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak traumatik, Cerebral Palsy, sklerosis berbilang dan lain-lain.
Tahniah diucapkan kepada @fisioterapihospitalpusrawi Jabatan Fisioterapi Al-Zahrawi Hospital PUSRAWI Sdn Bhd dan juga Keeogo Malaysia Sdn Bhd!
#keeogo #roboticrehabilitation #neurorehab #spinalcordinjury #traumaticbraininjury #pyhsiotherapy #hospitalpusrawi #specialisthospital #malaysianprivatehospital #kualalumpur