SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
- Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
- Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).
Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
- Teknikal
- Sosial & Kemanusiaan
- Metadologi & Pembelajaran
SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan.
Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:
- Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
- Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
Tempoh Latihan |
Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS. |
Nisbah Latihan |
70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan. |
Kaedah Penyampaian |
Lepasan Harian
Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat.
Lepasan Bulanan
Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat.
|
Rujukan Standard Latihan |
Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN. |
Persijilan |
Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
|
Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:
a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
|