SESI JARINGAN USAHAWAN AUTOMOTIF PUNB & TAKLIMAT KHAS PROGRAM LUBREX BOOSTER

SESI JARINGAN USAHAWAN AUTOMOTIF PUNB & TAKLIMAT KHAS PROGRAM LUBREX BOOSTER

Ipoh : Pada 28 Febuari 2024 telah berlangsungnya Program Sesi Jaringan Usahawan Automotif PUNB & Taklimat Khas Program Lubrex Booster di Weil Hotel anjuran oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Prowheels Distributor Sdn Bhd. Rakan kerjasama Lubrex Malaysia turut terlibat bersama-sama menjayakan program ini, iaitu WebMax, Corida dan Direct Lending. Program ini disertai oleh usahawan-usahawan bengkel dan pusat servis kenderaan dari pelbagai latar  belakang dan tempat.

Jaringan usahawan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan dalam dunia keusahawanan. Dalam membangunkan sesebuah perniagaan, usahawan seharusnya memahami jaringan usahawan antara diri sendiri dengan sumber-sumber manusia yang berada disekeliling perniagaan mereka. Program yang dianjurkan ini juga adalah untuk membina rangkaian antara sesama usahawan  dalam meningkatkan lagi pengaruh dan juga pengetahuan dengan bertukar-tukar pandangan dalam mengembangkan perniagaan ke arah yang lebih tinggi. Kejayaan usahawan dipengaruhi oleh keupayaan mereka mengenal pasti peluang dan mendapatkan sumber terhad daripada persekitaran mereka melalui jaringan sosial.

Program Sesi Jaringan Usahawan Automotif PUNB & Taklimat Khas Program Lubrex Booster ini dianjurkan adalah untuk mempertingkatkan keupayaan usahawan untuk ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang serta memajukan perniagaan di masa akan datang.Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat. 

"Let's Boost Business Together"