Perodua unveils eMO-II, a step closer to Malaysia’s first EV

Perodua unveils eMO-II, a step closer to Malaysia’s first EV

KUALA LUMPUR, 4 Dec – Perodua unveiled its eMO-II (pronounced as M-O-2) today, the next evolution of its prototype battery electric vehicle on display at the Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).

“This prototype is the continuation of our EV journey as we continue to build this technology from the ground up. eMO-II has been improved from its predecessor in terms of styling and features, and it’s now more defined as we chart our EV future,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said at the unveiling here.

This latest prototype has more refined styling where it incorporates 21st century aesthetics with Malaysian uniqueness. The car’s design is based on the Malaysia ‘songket’ that has been seamlessly integrated with LED lights that complements its design.

“Please keep in mind that this is still a prototype model and there are plenty of other features and improvements that we will add to our finished product, which we will introduce in the near future,” Dato’ Sri Zainal said.

The EV project was fully developed in-house by Perodua Research and Development team in 2023.

“It has been a steep learning curve for our team as we have engaged numerous consultants to understand the inner workings of an EV, but I am happy to say that our team have managed to keep our timeline and be able to continue our story here today.

“We are very excited to share this story with you and we will give you further updates in the near future,” he said.

Dato’ Sri Zainal said that Perodua is also working with several Malaysian corporations to ensure “greater mobility” for all its customers.

“Greater mobility means that we take into consideration all aspects of EV ownership to ensure that our customers find the car to be efficient, friendly and easy to use, complete with supporting infrastructure by Malaysia’s best,” Dato’ Sri Zainal said.

“Most importantly, I wish to thank the government, especially the Prime Minister and MITI for supporting this project and by doing so, supporting the entire Malaysian automotive ecosystem as we enter the EV world.

“We understand that electrification goes beyond more than just a new way to drive but it represents our effort in fighting climate change by reducing our carbon footprint. We support this mission and will do our best to make this a reality,” he said.

In addition to the eMO-II, Perodua also features its Ativa Fuze concept as well as Perodua’s journey over the past 30 years during the event. Perodua welcomes all Malaysian to visit our booth and experience what we have to offer in person.

 

Perodua perkenal eMO-II, selangkah ke arah pelancaran EV pertama negara

 

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perodua telah memperkenalkan evolusi prototaip kenderaan bateri elektriknya yang dikenali sebagai eMO-II (disebut sebagai M-O-2) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) hari ini.

“Prototaip ini adalah kesinambungan perjalanan pembuatan kereta elektrik (EV) kami yang mana teknologinya kami cipta sendiri dari awal. eMO-II telah ditambahbaik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya, menjadikannya lebih sempurna dan bersedia menuju masa depan EV kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad semasa sesi pelancaran eMO-II di sini.

Prototaip terbaharu ini mempunyai penggayaan yang lebih kemas yang mana ia menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia. Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.

“Ingin saya ingatkan bahawa ini adalah model prototaip dan ada lebih banyak ciri-ciri dan penambahbaikan yang akan dimasukkan pada produk akhir kami yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi,” kata Dato’ Sri Zainal.

Projek EV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.

“Walaupun proses pembelajaran yang dilalui agak singkat, kami dapat menguasai pembuatan EV dengan lebih baik hasil kerjasama beberapa perunding yang dilantik. Suka untuk saya katakan di sini bahawa kami telah berjaya memenuhi garis masa yang ditetapkan, seterusnya boleh meneruskan penceritaan mengenai EV kami di sini, hari ini.

 “Kami amat teruja untuk berkongsi cerita dengan anda semua dan kami akan terus memberikan perkembangan selanjutnya di masa akan datang,” katanya.

Dato’ Sri Zainal berkata Perodua juga bekerjasama dengan beberapa organisasi korporat tempatan untuk memastikan pelanggannya mendapat akses mobiliti yang lebih baik.

“Mobiliti yang lebih baik bermakna kami menitikberatkan semua aspek pemilikan EV bagi memastikan pelanggan kami mendapat pengalaman yang efisyen, mesra pengguna dan dilengkapi oleh prasarana sokongan yang disediakan oleh organisasi ternama di negara ini,” kata Dato’ Sri Zainal.

“Paling penting, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kerana menyokong projek ini, seterusnya menyokong ekosistem automotif negara dalam meneroka dunia EV.

“Kami faham bahawa elektrifikasi bukan hanya mengenai cara baharu untuk memandu, tetapi ia juga menunjukkan usaha kami dalam memerangi perubahan iklim dengan mengurangkan jejak karbon kami. Kami menyokong misi ini dan akan melakukan yang terbaik untuk merealisasikannya,” katanya.

Selain daripada eMO-II, Perodua turut mempamerkan kereta konsep Ativa Fuze serta perjalanan Perodua selama 30 tahun di KLIMS 2024. Perodua mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke ruang pamerannya untuk melihat sendiri kenderaan yang dipamerkan serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.