Apa itu Tanah Lot?

Apa itu Tanah Lot?

Tanah Lot adalah tanah terdiri daripada Tanah Rezab Melayu sama ada pegangan bebas ataupun pegangan sementara dan dibahagikan kepada plot-plot yang lebih kecil. Biasanya, urus niaga tanah lot dalam bentuk tunai jika status geran adalah Geran berkongsi, manakala geran individu boleh urus niaga dengan pinjaman bank.

Bumi Lot
Bumi Lot juga dikenali sebagai Lot Bumiputera. Jualan dan pajakan jenis hartanah ini hanya terbuka kepada kaum Bumiputera. Status hartanah untuk unit Bumi Lot / Bumiputera ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan Kelulusan Perancang.
                                                           
Non Bumi Lot
Jualan dan pajakan jenis hartanah ini hanya terbuka kepada kaum dalam negara dan luar negara.
                                                           
Tanah Rizab Melayu
Tanah Rizab Melayu adalah berbeza dari Lot Bumiputera. Di mana Tanah Rizab Melayu hanya untuk orang Melayu Islam. Orang asli dari Sabah dan Sarawak, dan juga orang Islam bukan Melayu tidak layak untuk membeli harta Tanah Rizab Melayu.

Pegangan bebas (Freehold)
Hartanah Freehold, atau pegangan kekal, ramai yang berpendapat merupakan hakmilik ke atas hartanah tersebut adalah berkekalan selamanya.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih berhak menuntut semula mana-mana tanah, sama ada ianya Freehold, Leasehold mahupun Lot Bumiputera.

Pihak kerajaan dibenarkan menuntut tanah tersebut untuk tujuan pembangunan milik kerajaan seperti jalan raya, sistem pengangkutan awam ataupun projek awam lain. Ya, hartanah Freehold anda berkemungkingan dituntut semula oleh kerajaan untuk membina sebuah stesen LRT.

Pemilik hartanah biasanya dipaksa menjual perumahan mereka kepada pihak kerajaan mengikut harga pasaran. Ini juga tidak kira sama ada pemilik tersebut dapat membeli semula hartanah yang serupa dalam lokasi yang sama atau tidak. Proses ini dikenali sebagai pengambilan paksa ataupun 'forced acquisition'.
                                                           
Nilai pasaran hartanah tersebut akan ditentukan oleh seorang penilai profesional yang dilantik pihak kerajaan. Walaupun pemilik hartanah tersebut melantik penilai sendiri untuk mendapatkan penilaian yang lebih tepat, pihak kerajaan masih akan mematuhi nilai yang ditetapkan oleh penilai yang dilantik oleh mereka sekiranya wujud sebarang percanggahan.
                                                           
Pegangan sementara (Leasehold)
Leasehold merujuk kepada hartanah yang ditempatkan di atas tanah pajakan - tanah yang dipajak; atau disewa; dari pihak kerajaan.
                                                           
Lazimnya, jangka masa pajakan paling lama yang dibenarkan ialah untuk selama 99 tahun, tetapi sesetengah pembangunan baru di pasaran telah memperoleh tempoh melebihi 100 tahun. Bagaimanapun, kes-kes seperti ini amat jarang berlaku. Manakala, jangka masa pajakan diberikan yang paling pendek hanya selama 30 tahun.
                                                           
Pemilik tidak akan diberi sebarang pampasan sebaik saja pajakan tersebut tamat.
                                                           
Sejumlah premium perlu dibayar bagi melanjutkan pajakan tersebut, di mana pemilik perlu memohon di Pejabat Tanah yang berkenaan.
                                                           
Melanjutkan tempoh pajakan juga memerlukan bayaran premium bergantung kepada jenis hartanah - kediaman, komersial, pertanian atau jenis hartanah lain. Lokasi juga memainkan peranan dalam menentukan harga pelanjutan pajakan.
                                                           
Selain itu, pemilik hanya boleh melanjutkan pajakan kepada tempoh maksima iaitu 99 tahun. Contohnya, jika mereka tinggal 20 tahun dalam tempoh pajakan, mereka hanya dibenarkan melanjutkan tempoh tersebut selama 79 tahun.
                                                           
Hakmilik / Geran Induk (Master Title)
Hakmilik Induk biasanya merujuk kepada hakmilik utama sebidang tanah yang lebih besar. Ia biasanya dimiliki oleh pemaju hartanah, kerana mereka merupakan pemegang sah tanah tersebut. Hakmilik Induk diberikan kepada pihak pemaju setelah mereka mendapat kebenaran untuk memajukan sebidang tanah. Selagi pemaju memegang Hakmilik Induk, mereka berkuasa mengawal keseluruhan hal-hal jualbeli tanah tersebut.

Setelah selesai memajukan tanah tersebut, pihak pemaju seterusnya boleh membahagi Hakmilik Induk tersebut kepada hakmilik blok, individu ataupun strata - bergantung kepada jenis pembangunan yang dibina.

Apabila pembangunan tersebut selesai dibina, pihak pemaju; aka pemegang Hakmilik Induk; akan memohon untuk memindahkan hak milik setiap unit hartanah kepada pemilik-pemilik sah. Setiap unit akan mempunyai hak Pemilik Tanah tersendiri yang berdaftar kepada pemiliknya. Jangka masa yang dibenarkan bagi pihak pemaju untuk memindah unit-unit kepada pemilik masing-masing adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembangunan tersebut memperoleh Surat Perakuan Kelayakan (Certificate of Fitness, atau CF secara ringkas).
                                                           
Hakmilik / Geran Individu (Individual Title)
Hakmilik Individu adalah hakmilik yang diperuntukkan kepada setiap hartanah jenis bertanah, seperti rumah teres, banglo, semi-D, kilang, dan kedai-pejabat. Dalam kategori ini, setiap unit individu akan mempunyai Hakmilik Individu tersendiri.

Jika membeli secara langsung dari pihak pemaju, pembeli perlu memastikan bahawa pihak pemaju menghantar permohon mereka ke Pejabat Tanah untuk membahagikan Hakmilik Induk kepada Hakmilik Individu. Jangka masa yang dibenarkan bagi pihak pemaju untuk memindah unit-unit kepada pemilik masing-masing adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembangunan tersebut memperoleh Surat PerakuanKelayakan (CF).

Pemilik hartanah bagi pembangunan Hakmilik Individu biasanya boleh mendapat hak milik mereka dalam tempoh yang agak singkat.

Satu-satunya pengecualian kepada Hakmilik Individu semasa membeli hartanah berkenaan jika pembangunan tersebut memiliki kemudahan-kemudahan berkongsi. Pembangunan tersebut akan jatuh di bawah kategori Hakmilik Strata/Bersama.

Hakmilik / Geran Strata (Strata Title)
Hakmilik Strata biasanya digunakan untuk bangunan bertingkat. Sejak kebelakangan ini, ia juga menjadi kebiasaan untuk hartanah jenis bertanah disebabkan kewujudan kemudahan dan jalan awam. Hakmilik Strata biasanya berkenaan kondominium, pangsapuri, suite berservis, rumah pangsa, dan rumah bandar (townhouse).

Seiring dengan Hakmilik Individu, pembeli hartanah Hakmilik Strata baru perlu memastikan bahawa pihak pemaju menghantar permohon mereka ke Pejabat Tanah untuk membahagikan Hakmilik Induk kepada Hakmilik Individu. Jangka masa yang dibenarkan bagi pihak pemaju untuk memindah unit-unit kepada pemilik masing-masing juga dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembangunan tersebut memperoleh Surat Perakuan Kelayakan.

Perbezaan antara hartanah Hakmilik Individu dan Hakmilik Strata adalah untuk bangunan bertingkat, Hakmilik Strata biasanya digunakan bagi setiap tingkat. Hakmilik Strata juga biasanya hanya dikeluarkan selapas tempoh 7 tahun - tempoh yang paling lama pernah mengambil 20 tahun, jika dibandingkan dengan Hakmilik Individu yang boleh diperolehi dalam tempoh yang agak singkat.

Hakmilik / Geran Kongsi
Secara amnya, Hakmilik / Geran Kongsi adalah tanah yang dikongsi bersama (beberapa nama) dan diikat dengan Surat Cara Amanah. Surat cara amanah tersebut akan dipegang oleh seorang ketua dilantik daripada pembeli. Walaupun beberapa nama berkongsikan tanah tetapi geran tersebut hanya mempunyai seorang nama pemilik tanah di dalam geran sahaja.

Status kegunaan tanah biasanya adalah sebagai tanah kegunaan pertanian (agricultural land) dan tidak boleh ditukarkan kepada tanah kegunaan lain. Oleh kerana, tanah kegunaan pertanian tidak dapat memohon pinjaman bank, urus niaga jual dan beli tanah ini hanya dijalankan secara tunai sahaja.
Pada masa kini, geran kongsi ini telah diharamkan oleh kerajaan sekarang.

Hakmilik / Geran Bersama
Syarat utama mendapatkan Geran Bersama adalah tanah pertanian mesti ditukarkan kepada tanah kediaman dan nama setiap orang pemilik mesti dimasukkan ke dalam geran. Pemaju biasanya mengunakan 6 ke 8 bulan untuk memprocesskan pertukaran tanah pertanian kepada kediaman. Selepas itu, barulah nama setiap pemilik dimasukan ke dalam Geran Bersama. Geran Bersama tersebut akan dipegang oleh seorang wakil yang dicalonkan.

Tanah tersebut boleh pecah bahagian menjadi Geran Individu pada bila-bila masa. Process ini adalah dilaksanakan oleh pemilik masing-masing manakala kos pecah bahagian ditanjung oleh pemilik. Tanah ini juga boleh mendapatkan pinjaman bank sekiranya tanah tersebut ditukar kepada Geran Individu.