SLIT LAMP

SLIT LAMP

Mesin ini merupakan mikroskop cahaya terang atau berintensiti tinggi yang digunakan semasa pemeriksaan melibatkan bahagian mata. Ia memudahkan untuk melihat dengan lebih dekat struktur yang berbeza di hadapan mata dan di dalam mata.

Dengan penggunaan alat ini pelanggan akan mendapat pendedahan tentang kesihatan mata dan kelainan mata mereka dengan lebih lanjut. Ia merupakan alat utama dalam menentukan kesihatan mata anda dan mengesan penyakit mata seperti :
  • Katarak,
  • Jangkitan Pada Kornea
  • Bendasing Pada Mata
  • Glaukoma
  • Traukhoma Dan Lain-Lain Lagi

Jika terdapat kelainan yang luar biasa pada bahagian mata, optometris akan memberikan konsultasi atau nasihat dan juga penyelesaian yang bersesuaian bagi setiap pelanggan berdasarkan diagnosis atau pemeriksaan tersebut.