Data peribadi 20 pelanggan didedahkan laman web gelap - AKPK

Data peribadi 20 pelanggan didedahkan laman web gelap - AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad kira-kira 20 pelanggannya telah didedahkan oleh penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.

Dalam kenyataannya hari ini, AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.

“Kami bersedia dan menjangkakan perkara itu. Siasatan dengan pihak ketiga iaitu pakar keselamatan siber juga masih diteruskan.

“Adalah penting untuk menyatakan bahawa kesemua maklumat yang dicuri oleh penjenayah siber itu diperoleh menerusi aktiviti haram dan sehubungan itu semua (perbuatan) mengambil, menggunakan dan penyebarannya adalah satu kesalahan jenayah,” katanya.


Lihat Lebih Banyak