5 BAHAYA LALAT YANG WAJIB ANDA KATAHUI

5 BAHAYA LALAT YANG WAJIB ANDA KATAHUI

5 Bahaya Lalat Yang Harus Anda Ketahui-

Lalat adalah serangga atau vektor pembawa penyakit. Kita pasti melihat lalat banyak dijumpai di tempat-tempat yang kotor dan tidak higenik seperti tempat buangan sampah, longkang bahkan dibangkai haiwan yang sudah busuk. Bayangkan saja selepas haiwan tadi hinggap di tempat yang begitu kotor kemudian hinggap di makanan yang akan kita nikmati..tentunya hal ini sangat berisiko dan berbahaya.

Sebahagian orang belum sedar akan bahaya lalat. Seekor lalat boleh menjangkiti makanan dengan berjuta-juta kuman hanya dalam waktu beberapa jam sahaja. Ternyata sebanyak 33 juta mikroorganisma akan menjadi subur dalam suatu usus satu lalat, sedangkan setengah bilion lagi mengerumuni badan dan kakinya. Kebiasaannya lalat yang hinggap dimakanan kita akan bertelur di situ. Dan sudah pasti apa-apa yang sudah dihinggapi lalat ini akan tercemar dengan kuman jahat yang ada pada kaki, badan dan kepaknya dan sangat berbahaya untuk kesihatan manusia.

Bahaya lalat yang perlu anda ketahui:

1. Punca dan penyebar penyakit kolera

Bahaya lalat yang pertama adalah pencetus terjadinya penyakit kolera. Lalat merupakan penyebar bakteria vibrio cholerae yang paling serius. Kebiasaannya tabiat lalat yang hinggap pada kotoran membuat tubuhnya penuh dengan berjuta-juta bakteria yang menyebabkan jangkitan pada usus penderitanya.

2. Menunjukkan kaitan ulat dilapisan bawah kulit manusia.

Bahaya lalat ini sangat mengerikan. Ketika lalat hinggap di kulit manusia seketika, ianya mampu meletakkan telurnya di kulit manusia, kebiasaanya ketika kita tidur. Suhu panas tubuh manusia, membuatkan telur ini akan menetaskan menjadi larva. Larva lalat ini kemudian masuk ke dalam kulit, dan tumbuh besar dibawah kulit dengan perlahan-lahan memakan daging manusia. Permulaannya seperti bermasalah kulit dan jika tiada penyelesaian mampu membuatkan badan menjadi bernanah dan berulat.

3. Tubercolosis

Penyakit lain yang sering dibawa lalat adalah Tubercolosis atau yang kita kenali sebagai batuk kering. Penyakit ini menyerang saluran pernafasan.

4. Salmonellosis

Bahaya lalat selanjutnya adalah menyebabkan penyakit Salmonellosis, dimana gejalanya penderitanya seperti demam, sakit perut, cirit-birit, mual dan kadang-kadang muntah dan berlangsung selama 4 -7 hari.

5. Menyebabkan sakit mata

Lalat ternyata adalah salah satu penyebar bakteria yang menyebabkan sakit mata, di mana virus yang dibawa serangga ini akan menyerang selaput mata.

DAPATKAN HARGA KASIH SAYANG BAGI PAKEJ GENERAL PEST CONTROL UNTUK RESTORAN BERSERTA SIJIL PERKHIDMATAN!!
HUBUNGI 03-33438300 / 03-33438400