Insurans Hayat

Insurans Hayat

Insurans Motosikal
Dari sedan berukuran penuh hingga motosikal, rancangan motor kami menawarkan perlindungan yang anda perlukan dengan harga yang berpatutan.

Insurans Perlindungan Komprehensif Motor

Insurans Perlindungan Komprehensif Kenderaan melindungi kenderaan motor anda daripada liabiliti terhadap pihak lain bagi kematian atau kecederaan badan, kerosakan kepada harta milik pihak lain, kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan motor anda, dan kecurian kenderaan motor anda.
Kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan kemalangan, kebakaran, dan kecurian
Kematian dan kecederaan badan pihak ketiga
Kerugian atau kerosakan harta milik pihak ketiga
Manfaat tambahan
Akses kepada faedah menarik seperti Allianz Road Rangers

Insurans Perlindungan Pihak Ketiga Kenderaan Motor

Insurans Perlindungan Pihak Ketiga Kenderaan Motor melindungi kenderaan anda daripada liabiliti pihak ketiga seperti kematian, kecederaan badan kepada pihak ketiga, dan kerugian atau kerosakan harta milik pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan.
Kematian dan kecederaan badan pihak ketiga
Kerugian atau kerosakan harta milik pihak ketiga

Perlindungan Motor Pihak Ketiga, Kebakaran & Pencurian

Insurans Perlindungan Motor Pihak Ketiga, Kebakaran & Pencurian melindungi kenderaan anda daripada liabiliti terhadap pihak ketiga bagi kematian atau kecederaan badan, kerosakan kepada harta milik pihak ketiga, kerosakan akibat kebakaran pada motor dan pencurian motor anda.
Kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh kebakaran atau pencurian.
Kematian dan kecederaan badan pihak ketiga
Kerugian atau kerosakan harta milik pihak ketiga

Allianz Motorsikal Plus

Allianz Motorcycle Plus telah ditambah baik untuk melindungi anda, motosikal dan pembonceng anda, tanpa sebarang kos tambahan. Kini, dibawah payung Inisiatif Insurans Rahmah, anda akan menikmati faedah bantuan banjir secara percuma. Tunggang dengan tenang kerana anda dilindungi daripada liabiliti kepada pihak lain sekiranya berlaku kematian atau kecederaan badan, kerosakan terhadap harta pihak lain, kerosakan motosikal anda akibat kemalangan atau kebakaran dan kecurian.
 
  Komprehensif Parti ketiga
Perlindungan
Kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal anda akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian  
Kematian atau kecederaan badan terhadap pihak ketiga
Kehilangan atau kerosakan terhadap harta pihak ketiga
 
Perlindungan tambahan
RM10,000 perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk anda dan pembonceng anda untuk kematian atau hilang upaya kekal.
Pendapatan hospital RM100 sehari sehingga 60 hari untuk setiap seorang untuk anda dan pembonceng anda.
Perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi peril khas (banjir, taufan, tanah runtuh, dan lain-lain)  
Bantuan tepi jalan (sehingga 50km, dua hala)  
 
Faedah Bantuan Banjir Percuma di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah
Faedah Bantuan Banjir RM1,000 sekali sahaja percuma dengan Allianz Motorcycle Plus sekiranya motosikal anda rosak akibat banjir
Kajian telah menunjukkan 3 daripada 5 kemalangan jalan raya di Malaysia melibatkan penunggang atau penumpang motosikal 250cc dan bawah, dan ini menunjukkan menunggang motosikal mendedahkan anda kepada risiko dan kebarangkalian kemalangan yang lebih tinggi. Allianz mahu memastikan semua penunggang 250cc dan bawah dilindungi secara baik dengan Allianz Motorcycle Plus.

Dengan adanya perlindungan yang menawarkan RM10,000 jika berlaku kematian atau kehilangan upaya secara kekal, pendapatan hospital sebanyak RM100 sehari untuk 60 hari dan perlindungan insurans dalam jumlah sepenuhnya untuk bencana khas; menjadikan Allianz syarikat insurans pertama yang memberikan anda faedah perlindungan tambahan tanpa premium tambahan.