Exhaust Smoke Troubleshoots

Exhaust Smoke Troubleshoots

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Penyelesaian Masalah Asap Ekzos
Penjagaan enjin kenderaan dengan baik akan menghasilkan asap tidak berwarna daripada sistem ekzos. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat kerosakan pada enjin apabila kenderaan itu telah digunakan untuk tempoh yang agak lama, kerana tiada satu pun perkara di dunia ini kekal selama-lamanya, ia akan cenderung untuk haus dari semasa ke semasa. Pemilihan minyak enjin yang digunakan juga boleh memberi kesan kepada prestasi kereta dan boleh mengurangkan kehausan enjin kerana enjin menerima banyak tekanan dan geseran apabila ia berfungsi. Apakah yang perlu kita lakukan jika tiba-tiba ekzos mengeluarkan asap tetapi tidak seperti kebiasaan, ia menghasilkan warna hitam, putih atau kebiruan yang menunjukkan keadaan kenderaan?
 
Asap Hitam
Kebiasaannya asap hitam yang terhasil adalah disebabkan penapis udara enjin yang kotor. Penapis udara yang kotor boleh menghalang silinder mendapat udara yang mencukupi yang menyebabkan terlalu banyak bahan api terbakar; penyuntik bahan api tidak berfungsi dengan baik. Untuk membetulkannya, penapis udara perlu dibersihkan atau ditukar kepada penapis bersih.
 
Asap Putih
Asap putih boleh berbahaya atau hanya perkara biasa yang berlaku. Jika ia tidak berbahaya ia mungkin disebabkan oleh wap air atau pemeluwapan semasa enjin mula memanas. Ia akan bertukar kepada tidak berwarna selepas beberapa ketika selepas enjin dipanaskan. Bahaya asap putih adalah apabila disebabkan oleh penyejuk atau air memasuki kebuk pembakaran kerana kerosakan pada kepala gasket atau mungkin gelang omboh, kedap injap bocor dan dinding silinder telah haus. Kerosakan kepala gasket perlu ditukar kepada yang baru dan kos penukarannya agak mahal, jika berlaku kerosakan pada silinderkeseluruhan enjin perlu ditukar. Kerosakan ini disebabkan oleh kehausan enjin terutamanya jika kita tidak menjaga kenderaan kita dengan baik. Kereta perlu dihantar ke pusat servis untuk menukar minyak enjin selepas menepati jarak tempuh yang telah di nasihatkan oleh mekanik. Penukaran minyak boleh menghilangkan habuk dan serpihan yang boleh menyebabkan lebih banyak geseran kepada enjin apabila ia berfungsi yang menyebabkan jangka hayat enjin tidak panjang.
 
Asap Kelabu Kebiruan
Asap Kelabu Kebiruan boleh menjadi masalah yang sama seperti asap putih tetapi asap itu terhasil akibat daripada kebocoran minyak. Ini boleh menunjukkan bahawa enjin mungkin hampir memenuhi jangka hayatnya, tetapi anda boleh mengambil tindakan awal untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar pada enjin dengan menambah minyak enjin. Apabila minyak bocor, minyak mula mengalir dan tiada minyak untuk mengurangkan geseran enjin dan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada enjin.

Oleh itu, adalah perlu untuk menyelenggara kenderaan anda supaya dalam keadaan baik dan selamat.

Anda boleh menggunakan Power Up Engine Treatment untuk memanjangkan jangka hayat enjin anda.

Menukar kepala gasket;

Anda boleh lihat Power Up Gasket Sealant