1. Tasik Timah Tasoh, Perlis
Tasik Timah Tasoh merupakan lokasi yang popular untuk casting toman di Negeri Perlis. Dengan pemandangan bukit-bukau yang indah , tasik ini juga popular sebagai tarikan pelancongan. Tasik ini sering mendapat kunjungan caster daripada Thailand disebabkan lokasinya yang berhampiran dengan sempadan. Pemancing sering menggunakan teknik casting di kawasan berumput dan tebing tasik untuk mendapatkan sambaran dari toman.
2. Tasik Pedu, Kedah
Tasik Pedu yang terletak dalam daerah Padang Terap ini terkenal dengan lubuk Toman Black. Tasik ini dikelilingi oleh hutan dan menawarkan suasana yang healing. Pemancing boleh melakukan casting di lubuk tertentu yang berhampiran tebing, di mana Toman Black sering bersembunyi.
3. Sungai Kedah, Kedah
Sungai Kedah yang mengalir melalui Bandaraya Alor Setar, adalah salah satu spot casting toman yang paling mencabar di Malaysia. Sungai ini terkenal dengan kewujudan toman yang bersaiz besar & ganas. Ramai caster dari seluruh Malaysia, bahkan ada juga caster dari Thailand, datang ke sini untuk menguji setup & skill mereka. Salah 1 cabaran di Sungai Kedah adalah caster perlu melakukan teknik casting di tepi tebing dan bawah pokok untuk mendapatkan sambaran dari toman. Dengan saiz Toman yang besar & sifat yang ganas menjadikan spot ini sangat mencabar dan mengujakan.
4. Tasik Beris, Kedah
Tasik Beris yang terletak dalam daerah Sik, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan pemancing di Malaysia. Tasik ini menawarkan pelbagai jenis ikan selain toman, seperti sebarau, haruan dan juga siakap! Pemancing boleh mencuba nasib mereka di kawasan yang mempunyai struktur bawah air yang menarik, seperti pokok tumbang dan kawasan berumput.
5. Tasik Bukit Merah, Perak
Tasik Bukit Merah adalah salah satu destinasi memancing yang terkenal di utara Malaysia. Tasik ini sebenarnya terkenal dengan spesis arowana. Selain itu, semestinya spesis toman, sebarau, haruan & kerandang juga menjadi buruan caster disini.
Kalau korang ada plan nak ke Utara & berhampiran spot-spot popular ni, jangan lupa untuk bawak sekali setup mancing! Untuk tau gambaran & tips penting di semua spot ini korang boleh pergi ke bahagian MEDIA & klik bahagian VIDEO untuk tengok program EXP SPOTCHECK SEASON 1. Semoga tidak kumpaw!