Berikut adalah beberapa tip mudah untuk meningkatkan kecekapan penyaman udara. Ia bukan sahaja akan membantu anda menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga dan impak terhadap alam sekitar:
1. Memilih kapasiti penyejukan yang tepat
Beli Aircond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas ‘kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12’x10’. ((12’x10’) x 60) / 9000 = 0.8hp. Ada juga yang mengatakan aircond 0.5HP dah cukup bagi bilik yang kecil. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Bagi kebanyakan bilik, penyaman udara yang berkapasiti antara 1.0HP hingga 2.0HP sudah mencukupi. Selain daripada saiz bilik, faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti ketinggian siling, cahaya matahari dan juga bilangan penghuni.
2. Memilih Penyaman Udara Inverter
Fungsi inverter pada aircond ialah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompesor. Bila penggunaan kompresor dah stabil, kita secara tak langsung dapat mengurangkan penggunaan elektrik.
Bagi yang gunakan aircord jenis ada inverter ini, tidak perlu selalu on off terlalu kerap. Selalunya inverter ini akan mula berfungsi lepas tempoh yang lama. Biasanya lepas 4 jam.
Ia sudah tentu satu penyelesaian penjimatan tenaga yang kita semua suka!
3. Tetapan Suhu
Apakah tetapan suhu terbaik untuk penyaman udara? Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi anda tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika anda tetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
Sebaiknya, bila nak mulakan penggunaan, setkan pada suhu terendah contohnya 16 darjah Celsius, dan kipas dibuka paling kuat contoh level 4. Biarkan keadaan ini selama lebih kurang 30 hingga 45 minit. Selepas itu, set suhu kepada 24 ~ 26 darjah.
4.Gunakan Kipas
Menggunakan kipas siling bersama penyaman udara juga boleh membantu meningkatkan suhu.
Memasang kipas akan menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga. Selain itu, penggunaan kipas siling boleh menghilangkan udara panas di sekeliling badan kita.
5.Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis kotor akan melambatkan aliran udara, menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga sehingga bil elektrik anda naik. Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6.Jadualkan penyelenggaraan
Service aircond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali. Pastikan juga anda membuat servis pada penyaman udara anda pada setiap 6 bulan sekali (bergantung pada penggunaan serta keadaan persekitaran). Ini bagi memastikan penyaman udara anda sentiasa berfungsi dengan baik. Penyaman udara yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan banyak masalah akan timbul. Antaranya ialah:
i. Kurang sejuk
ii. Bil elektrik bulanan akan meningkat
iii. Saluran paip akan tersumbat dengan kotoran dan menyebabkan air menitis ke dalam rumah
iv. Jangka hayat compressor dan motor tidak bertahan lama
v. Rosak dan kadangkala tidak boleh digunakan lagi
Website : www.eakon.com.my
Email : [email protected]
#hvac #acmv #mepcontractor #hvaccontractor #acmvcontractor #fireprotection